Jauh Lebih Murah Daripada Thermomix Mesin Ini Mampu Buat Para Suami Rasa Kurang Ngeri 2

Jauh Lebih Murah Daripada Thermomix, Harga Mesin Ini Mampu Buat Para Suami Rasa Kurang Ngeri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ada mesin yang fungsi hampir sama dengan Thermomix tapi dengan harga jauh lebih murah?

Sekarang, mesin Thermomix menjadi idaman setiap suri rumah kerana membantu dalam menjadikan proses memasak lebih mudah.

Namun, harga mesin Thermomix yang mencecah lebih RM7,000 menjadikan para suami ngeri untuk memikirkannya.

Mungkin jika anda berminat dengan Thermomix, tetapi tidak mampu membayar semahal itu biarpun ia agak berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan, ini ada mesin alternatif untuk anda.

Dalam satu perkongsian, pengguna Facebook, Lina Kamaruddin berkongsi ada mesin yang boleh dikira sebagai pesaing Thermomix iaitu Xiaomi QCooker Kitchen Robot.

Menurut Lina, mesin keluaran Xiaomi ini lebih maju; memiliki 21 fungsi, lengkap dengan kemudahan wifi yang memudahkan pengguna memuat naik resepi ke QCooker, pembesar suara dan penerangan dalam bentuk suara.

Harga yang ditawarkan bermula USD699, yang mana jika ditukarkan ke MYR sekitar +-RM2,877.

Jauh Lebih Murah Daripada Thermomix Mesin Ini Mampu Buat Para Suami Rasa Kurang Ngeri 1

Tonton video promosi mesin keluaran Xiaomi yang harganya jauh lebih murah daripada Thermomix ini di pautan bawah:

Sebelum itu, untuk yang mengidam dan teruja mahu memiliki Thermomix, ada yang perlu anda tahu sebelum membeli.

Ini pandangan seorang pengguna Facebook, Ben Safwan mengenai mesin Thermomix.

“Fungsi yang paling menonjol ialah contohnya ayam masak merah: anda kisar bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, cili kering), lepas tu tanpa keluarkan dari pengisar, tambah minyak dan tekan setting untuk menumis, tambahkan bahan basah dan perasa dan setting lagi untuk bahan berputar dan siap.

Ini cara paling laju dan senang Ben berikan guna Thermomix TM6 ni.

Ya nampak best, nampak senang, jimat masa, tapi cuba bandingkan dengan cara dapur gas di bawah ni dari segi kualiti.

Kisar dalam blender bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak, baru masukkan cili kisar, lepas tu biar pecah minyak lagi. Letak gula melaka sikit, air asam jawa sikit, lepas tu ayam yang digoreng 3/4 masak.

Kacau sampai sedikit kering. Siap.”

Baca lanjut di: Lelaki Ini Kongsikan Sebab Anda Tak Perlukan Thermomix