
Jatuhkan Semua Botol Air, Atlet Maraton Perancis Dikecam Sengaja Lakukan Sabotaj
Beberapa hari lalu, tular satu klip video yang melibatkan aksi peserta atlet acara maraton Olimpik Tokyo 2020 gara-gara didakwa cubaan sabotaj botol air atlet lain.
Dalam klip video pendek itu, atlet Perancis berusia 33 tahun itu didakwa sengaja menjatuhkan kesemua botol air di atas meja yang disediakan untuk peserta larian.
BREAKING: The Gold medal for biggest d*ckhead of the Tokyo Olympics goes to French marathon runner Morhad Amdouni who deliberately knocks over all the water for his fellow competitors…Unbelievable! pic.twitter.com/D4IwmlAHlL
— Piers Morgan (@piersmorgan) August 8, 2021
Dalam satu video yang dimuat naik di Twitteryang kini sudah ditonton lebih dua juta kali, Morhad Amdouni yang berjaya mendapat tempat ke-17 teruk dikritik dan dikecam kerana didakwa cuba mensabotaj atlet lain dengan melengahkan masa serta membuatkan mereka keletihan kerana tidak mendapatkan air yang cukup semasa larian.

Namun Morhad dalam satu kenyataan menafikan dakwaan netizen mengenai cubaan mensabotaj dalam acara tersebut. Kata beliau, tangannya terlalu licin untuk mencapai botol air sehingga tanpa sedar telah menjatuhkan kesemuanya yang ada di atas meja untuk atlet maraton lain.
“Disebabkan terlalu letih, saya mula sedikit demi sedikit hilang ‘kejelasan’ dan tenaga.
Saya betul-betl mahu meminta maaf pada atlet-atlet lain. Tetapi pada momen itu, saya cuba untuk menggapai botol air, saya terjatuhkan mereka.”
Sebelum ini, tindakan Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol Coke pada sidang media telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).
Pemain Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary malam tadi telah mengejutkan banyak pihak disebabkan tindak-tanduknya itu.
Ronaldo menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan media sambil mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya.
Tindakan Ronaldo ternyata memberi kesan yang besar kepada syarikat Coca-Cola. Kejadian yang dinamakan ‘Cristiano moment’ itu membuat Coca-Cola rugi berbilion dolar AS.
Harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).
Baca lanjut: Coca-Cola Rugi RM16.4 Bilion Gara-Gara Perilaku Ronaldo Ini
Trending now



