page

Jatuh Cinta Dengan Mangsa Sendiri, Aksi Scammer Dalam ‘The Con-Heartist’ Buat Penonton Terhibur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah pun berada di pawagam Thailand 3 Disember lalu, filem The Con-Heartist kini sudah pun berada di pawagam Malaysia.

BACA: Terkenal Dengan Watak Komedi, Ini 5 Filem Sunny Suwanmethanont Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton

Mengisahkan mengenai Ina, seorang wanita yang ditipu bekas kekasihnya, Petch dengan pinjaman hutang yang tinggi, Ina bertemu dengan Tower, seorang scammer yang terjerat semasa cuba menipu Ina yang pernah bekerja sebagai pegawai bank.

Tapi daripada cuba melaporkannya kepada pihak polis, Ina mengupah Tower untuk menipu Petch dan mendapatkan semula wangnya.

Jatuh Cinta Dengan Mangsa Sendiri, Aksi Scammer Dalam ‘The Con-Heartist’ Buat Penonton Terhibur

Bergabung bersama seorang lagi rakan Tower, Jone dan guru Bahasa Cinanya, Cik Nongnuch, keempat-empat mereka memulakan misi menipu Petch dengan nilai anggaran keseluruhan berjumlah 3 juta Bhat (RM402,358).

Diarahkan oleh pengarah yang sama mengarahkan filem I’m Fine Thank You Love Youfilem di bawah rumah penerbitan GDH ini memang sangat menghiburkan dan penuh dengan aksi-aksi kelakar yang buatkan penonton tak kering gusi ketawa.

Jatuh Cinta Dengan Mangsa Sendiri, Aksi Scammer Dalam ‘The Con-Heartist’ Buat Penonton Terhibur 2

Membariskan para pelokon hebat Thailand seperti Nadech Kugimiya, Pimchanok Leuwisetpaiboon, Thiti Mahayotaruk, Pongsatorn Jongwilak dan Chantavit Dhanasevi, apa kata anda tonton dahulu trailer filem arahan Mez Tharatorn, The Con-Heartist di pautan bawah:

Rating: 4/5