
Jaringan Ali Mabkhout Benam Impian Harimau Malaya Di Padang Sendiri
Hasrat Malaysia mengutip 3 mata di laman sendiri untuk terus mengungguli Kumpulan G mengatasi Thailand, Vietnam dan Indonesia nampaknya tidak kesampaian apabila pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya menghalang kemaraan pasukan Harimau Malaya untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Pada aksi seawal minit pertama hasil jaringan Syafiq Ahmad yang menanduk masuk bola hantaran Matthew Davies memberi tanda positif kepada pasukan Malaysia namun berjaya dipadam Ali Mabkhout dua minit sebelum tamat babak pertama untuk menyamakan kedudukan buat UAE.
Ali terus membuktikan ketajamannya apabila meledak gol kedua UAE pada minit ke-75 selepas dia terlepas dari kawalan pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin. Perlawanan ini menyaksikan hasil keputusan kekal 1-2.
#UAE get #AsianQualifiers off to winning start with come-from-behind 2-1 win v. #Malaysia. As so often, Ali Mabkhout comes through, gets brace.pic.twitter.com/UcKhcLntWE
— John McAuley (@_JMcAuley) September 10, 2019
Thailand kini mendahului Kumpulan G selepas menghimpun empat mata susulan kejayaan membenam Indonesia, 3-0 pada aksi di Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Pada aksi pertama di Bangkok minggu lalu, Thailand terikat 0-0 dengan Vietnam. UAE pula menghuni tangga kedua dengan tiga mata.
Selepas ini, Harimau Malaya akan menentang Vietnam di gelanggang lawan pada 10 Oktober sebelum mebertembung dengan negara jiran, Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 14 November.
Sumber: Berita Harian
Layan Sekiro memang syiok habis.
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.