Jared Leto Kembali Dengan Watak Anti-Hero Dalam ‘Morbius’

Selepas gagal menarik peminat dengan watak Joker dalam Suicide Squad, Jared Leto kini kembali dengan watak anti-hero Marvel, Morbius.

Dalam satu teaser trailer oleh Sony Pictures, Jared akan memainkan watak sebagai Dr Michael Morbius yang menghidap penyakit darah rare.

Jared Leto Morbius 1

Dalam proses eksperimen mencari penawar kepada penyakitnya, beliau menjadi satu entiti yang menginginkan darah manusia.

Menurut Sony, Morbius akan kekal dalam Marvel CInematic Universe (MCU) yang mana membolehkan watak ini muncul di mana-mana MCU pada masa akan datang.

Bakal berada di pawagam 31 Julai ini, tonton dahulu teaser trailer Morbius di pautan bawah: