Risiko HIV Semburit 1

Jangkitan HIV Akibat Perlakuan Semburit Adalah 18 Kali Lebih Berisiko

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hubungan sesama jenis semakin berleluasa dalam kalangan manusia. Kerana mahukan hak kebebasan, golongan LGBTQ+ ini membina komuniti mereka sendiri dengan terma hubungan sejenis adalah salah satu hak yang individu miliki.

Seorang doktor, Ahmad Samhan berkongsi kisah salah seorang pesakitnya yang menghidapi jangkitan HIV akibat daripada perlakuan songsang suaminya. Isteri tersebut hanya mengetahui penyakitnya semasa melakukan ujian HIV untuk buku ibu mengandung.

Risiko HIV Semburit 2

Menyifatkan suaminya sebagai lelaki berbadan sasa, sedap mata memandang, orang kenamaan dan berjawatan tinggi, beliau pernah terjumpa gambar suaminya bersama lelaki lain di bawah satu selimut di hotel.

Kata Ahmad Samhan, penetrasi dubur bukan sahaja telah melawan fitrah yang dilarang agama, tetapi ianya banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Antaranya, kadar jangkitan virus HIV melalui penetrasi dubur adalah 18 kali lebih berisiko daripada penetrasi vag*na.

Selain itu, ia juga boleh memecahkan salur darah dan memungkinkan jangkitan tersebut akibat daripada pecahan tersebut. Ini kerana dubur adalah satu kawasan badan yang tinggi salur darahnya jika dibandingkan dengan alat kelamin wanita (vag*na).

Risiko HIV Semburit

Kes jangkitan HIV melalui perbuatan homose*sual pada tahun 2018 adalah 57% berbanding heterose*sual iaitu 37%. Jumlah jangkitan akibat perbuatan songsang ini meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2016 dan 2017 masing-masing dengan kadar 46% dan 50%.

Jika anda pernah, sedang atau akan melakukan perbuatan yang dilarang ini berhentilah. Kepuasan dunia hanya seketika. Jangan kerana mahu puaskan nafsu dunia, kita melanggar hukum Allah SWT.

Sumber: Ahmad Samhan

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/