Jangkaan Kerugian Dialami Malaysia Sepanjang Pelaksanaan PKP Mencecah RM100 Bilion

Jangkaan Kerugian Ekonomi Malaysia Sepanjang PKP Mencecah RM100 Bilion

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dari mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu, pada pendapat anda berapalah agaknya jangkaan kerugian ekonomi Malaysia?

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak mula dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malaysia mengalami kerugian ekonomi sebanyak RM63 bilion.

BACA: PKP Bersyarat: 23 Aktiviti Yang Masih Tidak Dibenarkan

Mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari, jika PKP diteruskan dalam tempoh masa sebulan lagi, jangkaan kerugian yang dianggarkan adalah RM35 bilion, membawa kepada jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM98 bilion, iaitu hampir RM100 bilion.

Membenarkan semua aktiviti ekonomi beroperasi secara terkawal-kawal dan berhati-hati bermula 4 Mei ini, pelonggaraan syarat PKP fasa ke-4 ini bukanlah lesen untuk orang ramai bebas melakukan pergerakan sesuka hati.

Meminta orang ramai untuk bersabar dan membuat pertimbangan sebaiknya semasa melakukan pergerakan keluar rumah supaya keadaan tidak kelam kabut dan terkawal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan langkah ini diambil demi kepentingan ekonomi negara selepas pertimbangan dilakukan dengan pelbagai pihak.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1907566136043260/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAa8KpWY9hiV7dUhIHBtOHrlf4pCVJuADW8LEhdx9VGgERWZ5P6SK9KZTFLpZJtc7kPFV0UVkTnqmkh4rX7WSZqBV2GSWOIgT1awM837X0itJIkyFMEwS2GIXcVolJRY7rGqKVmI2gaVjW8v8o_JOi10AuKQYRCbTLjZLGoNtsdQQf580NPf_NfRPswelz321UxzQmYo1W1iC7mx1geR9dxuF6y3CBUH3qCAd5U9RcpKtMpUL-riQgWQb37HGdKGfXpHIBju0V2NL9Pn71e8whkM2OdfKrRkU4V617EbhMfGd9QV_aKrDx_-FwzkIGTd5LnvZrZJFqvu9dOuXIZO0dAHRS8&__tn__=-R

Untuk sektor pelancongan sahaja, dalam tempoh masa sebulan; Januari hingga Februari 2020, kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3.37 bilion disebabkan pembatalan pakej pelancongan yang berpunca daripada penularan wabak COVID-19.

Kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menurun 0.8 peratus hingga 1.2 peratus iaitu penurunan RM10.8 bilion hingga RM17.3 bilion, yang mana sektor paling terjejas teruk adalah pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana serta industri pengangkutan.

Langkah kerajaan membuka semula sektor-sektor bermula 4 Mei ini telah menyebabkan mereka dikritik rakyat. Namun bagi Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, ianya adalah langkah terbaik selepas hampir dua bulan PKP dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan memulihkan ekonomi negara dan membendung wabak pandemik ini.

Bursa Malaysia Turun Ke Paras Terendah

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.