kai-5C0e03S-2UI-unsplash

Janganlah Menjadi Imam ‘Syok Sendiri’, Ikutilah Suruhan Nabi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk solat berjemaah di masjid mahupun surau. Menjadi seorang Imam juga merupakan satu saranan kerana pahala melaksanakannya juga amatlah besar.

Semasa kita menjadi imam yang menjadi ketua ketika solat berjemaah, adalah dinasihatkan agar kita elak untuk menjadi imam ‘syok sendiri’. Inilah yang diulas oleh seorang pengguna Facebook Mohd Hanif. Mari kita ikuti penulisan beliau.

DI ANTARA PERBUATAN NABI & PERINTAH DARI NABI.

Saya tertarik melihat posting Murobbi Ustaz Shahrizan Daud At Turabi hafizaHULLAH semalam. Sedikit ulasan dari saya yang dhoif.

Daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ، وَفِي الْجُمُعَةِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى، وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ

“Adapun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam membaca (di dalam solat) pada hari Jumaat dan hari Raya.

“سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى” dan “وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ.” [Riwayat Muslim (878)]

Ada juga riwayat di mana Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam membaca Surah al-Jumaah pada rakaat pertama diikuti dengan Surah al-Munafiqun pada rakaat kedua ketika mengimami solat Juma’at.

imam syok sendiri

Dalam kaedah fiqh, apabila bertemu dua hadits yang mana satu adalah perbuatan Nabi sementara satu lagi perintah atau suruhan dari Nabi, maka hendaklah didahulukan perintah/suruhan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

إِذاَ صَلَّى أَحَدُكُمْ بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ

“Apabila salah seorang di antara kalian mengimami solat, maka ringankanlah solatnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan hadits ini:

الْغَدَاةِ مِنْ أَجْلِ فُلَانٍ مِمَّا يُطِيلُ بِنَا فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَوْعِظَةٍ أَشَدَّ غَضَبًا مِنْهُ يَوْمَئِذٍ ثُمَّ قَالَ إِنَّ مِنْكُمْ مُنَفِّرِينَ فَأَيُّكُمْ مَا صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيَتَجَوَّزْ فَإِنَّ فِيهِمْ الضَّعِيفَ وَالْكَبِيرَ وَذَا الْحَاجَةِ

”Ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam : “Wahai Rasulullah Aku ini terlambat daripada solat disebabkan ada fulan yang memanjangkan solat ketika dia mengimami kami. Kata Abu Mas’ud : Aku tidak melihat Rasulullah marah pada hari Baginda memberi peringatan melainkan pada hari tersebut. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya ada di antara kalian yang akan lari. Sesiapa yang menjadi imam maka ringkaskan. Ada dalam kalangan makmum yang lemah, ada yang tua dan ada yang mempunyai hajat (untuk diselesaikan).”

Riwayat Al-Bukhari (702)

Seringkali saya menyentuh hal ini agar para Imam meringkaskan bacaan solat tambahan pula masuknya waktu Subuh dah lambat.

Masuknya waktu solat Juma’at juga dah lambat. Waktu Subuh fikirkan jemaah yang nak pergi kerja, hantar anak sekolah dan sebagainya. Begitu juga pada hari Juma’at, ramai yang terkejar-kejar masuk kerja.

imam syok sendiri

Tahniah diucapkan kepada Murobbi Ustaz Shahrizan Daud at-Turabi hafizaHULLAH kerana faham tugas Imam untuk meraikan jemaah di belakangnya.

Janganlah menjadi Imam “syok sendiri” saja, mentang-mentanglah hari Juma’at ramai jemaah, ketika itulah nak dibaca surah-surah yang panjang sambil dialunkan lagu seumpama seorang qari yang bertanding tilawah Al-Quran.

BACA: Biarpun Kawasan Sekitar Ditenggelami Air, Lelaki Ini Sanggup Berenang Untuk Laung Azan & Tunai Solat Di Masjid

Sumber: Mohd Hanif