
Jangan Urut! Doktor Ajar 4 Tip Berguna Untuk Rawat Segera Kaki Yang Terseliuh Dan Bengkak
Kecederaan kaki disebabkan terseliuh memang menyakitkan dan mengganggu pergerakan seseorang lebih-lebih lagi sekiranya ianya membengkak.
Adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera dengan berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan tidak pergi berurut yang boleh menyebabkan kecederaan tersebut menjadi bertambah buruk.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk pergi ke klinik, bolehlah membuat rawatan segera terlebih dahulu menggunakan kaedah RICE seperti yang diajar oleh Dr. Arisman, MD. di Facebooknya berikut:
Sebelum ni ada pesakit saya datang kerana terseliuh kaki dua hari sebelumnya. Tapi sakit dan bengkak masih tak surut dan akhirnya datang jumpa saya di klinik untuk pemeriksaan dan mahu X-ray katanya.
Saya dapatkan history dan lakukan pemeriksaan fizikal pada kaki yang cedera.
Alhamdulillah saya tak suspect dia ada patah atau retak. Boleh jadi hanya kerosakan tisu kulit atau otot yang cedera atau tegang. Bengkak masih ada tetapi tidak nampak teruk.
Jadi saya ajar dia tips ini “RICE”. Apa dia? Sila rujuk gambar.
Saya beritahu dia “Puan, kes macam ni tak perlu X-ray dulu ya. Hasil pemeriksaan saya tidak menunjukkan ada tulang yang retak atau patah. Kita pantau lagi dan follow tips saya.”
Dia pun “Alhamdulillah. Saya pun risau juga nak X-ray ni doktor. Kalau boleh saya tak nak hehe…Terima kasih doktor.”
“Nasib baik puan tak pergi urut mana-mana dalam dua hari ni. Kann…” kataku.
“Ya doktor, syukur. Tapi saya ni memang berhati-hati. Ada juga orang suruh saya pergi urut dulu tapi saya tak berani, takut makin teruk jadinya. Better jumpa doktor dulu periksa. Thank you ya dok.” Jawabnya.
Yang paling penting adalah apabila selepas mengalami kecederaan, jangan pergi urut. JANGAN PERGI URUT.
Rehatkan kaki dan kurangkan pergerakan. Jika sakit sangat dapatkan ubat tahan sakit dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Jangan tunggu seminggu bengkak tak surut baru jumpa doktor, itu boleh memudaratkan ya.
Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
BACA: Bahaya! Elak Jumpa Bomoh Untuk Urut Kalau Doktor Dah X-Ray Dan Simen Tulang Yang Patah
Trending now



