Resdung

Jangan Tiru Aksi Jijik Ini Yang Didakwa Oleh Pakar Yoga Mampu Menyembuhkan Resdung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pakar yoga dari Britain, Sam Cohen, 41, yang mendakwa bahawa dia tidak pernah mengalami selesema sejak 20 tahun lalu dikecam kerana dikatakan membahayakan kesihatan manusia.

Ini berikutan satu perbuatannya yang jijik menjadi tular iaitu menghidu dan memasukkan air kencing ke dalam lubang hidung dengan sengaja setiap kali pergi ke tandas.

Dia juga dilaporkan meminum secawan air kencing dan menganggap ianya mampu menyembuhkan segala penyakit.

Dalam satu laporan yang dipetik dari laman berita Thaiger, Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand memberi amaran kepada orang ramai bahawa perbuatan menghidu air kencing seperti itu sama sekali tidak akan menyembuhkan penyakit resdung.

Menurut jabatan itu lagi, setakat ini tiada bukti bagi menyokong perbuatan pakar yoga tersebut yang mendakwa memasukkan air kencing ke dalam hidung turut mampu menyembuhkan sakit kepala.

Orang ramai digesa agar tidak menyebarkan perkara itu di media sosial dan menegaskan bahawa tindakan memasukkan air kencing ke dalam hidung untuk menyembuhkan resdung seperti itu sebenarnya adalah karut dan hanyalah berita palsu.

Resdung

BACA: Paderi Dakwa Kentut Depan Muka Sembuhkan Penyakit, Ramai Sanggup Beratur Dapatkan Rawatan

Sumber: KOSMO!