Gelang Emas Ada Besi

Jangan Tertipu Apabila Beli Barang Kemas, Luaran Emas Tapi Dalamnya Besi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak dapat dinafikan, permintaan terhadap barang kemas semakin meningkat walaupun harga emas makin meninggi tetapi masih ramai lagi yang mahu membeli untuk tujuan pelaburan pada masa akan datang.

Dalam keghairahan membeli emas, jangan kita lupa untuk memastikan emas yang dibeli benar-benar tulen.

Tidak tahu sejak bila, rupa-rupanya ada juga penjual emas yang mengambil kesempatan. Jangan tak percaya dari luar perhiasan itu sememangnya disadur emas, tetapi di dalamnya besi!

Seorang wanita berkongsi pengalamannya yang membeli emas dengan harga RM3ribu, namun kecewa apabila ingin menjualnya tidak mendapat nilaian tinggi kerana gelang emas tersebut sebahagiannya mengandugi besi.

Seorang pengguna Facebook, Akhtar Syamir mengenai penjual emas yang luaran sahaja emas tetapi dalamnya besi.

“Tadi semasa saya kongsikan berkenaan emas 916 jadi 875, ramai yang kata kebarangkalian sebab Ar-Rahnu downgrade, kaedah pemeriksaan berlainan dan lain-lain. Ada yang betul, memang benar seperti yang dikatakan.

Tetapi ada juga kes yang mana kedai menjual emas yang tidak sama gred atau ketulenan dan yang lebih teruk, menjual emas yang luaran sahaja emas tetapi dalamnya besi. Seperti yang dikongsi oleh sahabat saya Gieanna Ali.

Ia dapat diketahui apabila gelang emas yang dipakainya terkopek dan terkeluar seperti tali. Kemudian dibawa ke Ar Rahnu dan ianya hanya saduran sahaja, dalamnya besi.

Tidak perlulah saya ceritakan siapakah bekas pemilik gelang coco gedabak ‘bernilai’ RM20,000 ini dan tidak perlu saya ceritakan kedai yang mana kerana kedai tu sudah pulangkan duit semula. Itu pun setelah diugut untuk diviralkan.

Apa yang kita boleh pelajari di sini ialah kepentingan membeli emas di kedai yang dipercayai dan kepentingan menyimpan resit. Hanya resit itu sahaja bukti yang kira ada yang menunjukkan kita telah beli emas di kedai yang tertera di resit.

Ini penting apabila terjadinya kes sebegini yang berkemungkinan datang dari kedai yang tidak jujur atau kilang yang tidak jujur. Biasalah di dalam apa juga perniagaan, pasti ada yang tidak jujur. Termasuklah kedai-kedai emas ternama.

Berhati-hati apabila membeli. Kerugian yang bakal dihadapi sangat besar apabila melibatkan emas. Simpan resit, simpan resit dan simpan resit.”

Gelang Emas Ada Besi
Sumber: Akhtar Syamir

Susulan kes ini, kita yang mahu membeli emas perlu membuat pilihan yang betul. Seperti perkongsian saudara Akhtar Syamir, beliau hanya membeli emas di kedai barang kemas yang diyakini sahaja.

BACA: Pakai Atau Tidak, Tetap Kena Bayar Zakat Emas Dan Ini Cara Kiraannya