Tangkap layar dari Facebook Tukang Apa Hari Ini

Jangan Suka-Suka ‘Parking’ Depan Pagar Rumah Jiran, Anda Boleh Didenda Maksima RM5 Ribu Atau Penjara!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jiran block pagar rumah dengan kereta? Ini merupakan masalah yang biasa terjadi di kawasan perumahan di Malaysia.

Biasalah, kalau hidup berjiran ni memang perlu banyak bersabar dan bertimbang rasa. Hidup bermasyarakat memang kena sama-sama bantu-membantu dan bertolak ansur, kan?

Esok lusa kalau nak angkat barang ke, sakit ke, jiran-jiranlah yang datang dulu untuk jenguk dan hulur bantuan.

Kadang-kadang memang ada jiran yang suka parking depan pagar rumah. Kita sendiri pun mesti pernah buat, betul tak?

Kalau sekejap je, tak apalah. Boleh faham. Tapi kalau setiap hari berjam-jam kat situ, sampai kita sendiri pun payah nak masuk dan keluar rumah, boleh bergaduh juga.

Takkan nak ‘buat-buat’ senyum dan tegur setiap kali? Penatlah macam ni. Dah macam kita reserved kawasan depan rumah tu semata-mata untuk dia pula.

Seorang peguam, Syazwan Mohd Jafri telah berkongsi panduan dan hak yang perlu anda tahu dalam menghadapi situasi ini.

Perkongsian yang dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini tersebut diharap dapat memberikan kesedaran ke arah kehidupan dan semangat kejiranan yang lebih aman dan harmoni di masa depan.

Tangkap layar dari Facebook Tukang Apa Hari Ini
– Tangkap layar dari Facebook Tukang Apa Hari Ini

ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵

(Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)

Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiranlah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)

👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)

👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.

JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAH LAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH

👉Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini. Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.

INFO TAMBAHAN

🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”

🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.

KESIMPULAN

👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.

Sekian..
Syaz.MJ
Peguam Hartanah Anda
#lawyersyaz
#jirandarineraka

BACA: Terganggu Dengan Bunyi Kenderaan Jiran, Lelaki Guna Duit i-Sinar Bina 11 Bonggol Atas Jalan

Sumber: Syazwan Mohd Jafri