
Jangan Sampai Anak Anda Terpaksa Jalani Terapi, Ini 5 Tanda Ketagihan Skrin Yang Serius
Pada hari ini, ramai ibu bapa didapati sering membiarkan sahaja smartphone atau tablet berada di tangan anak masing-masing agar aktiviti mereka tidak diganggu.
Lambat laun jika dibiarkan, amalan tidak sihat ini akan menimbulkan masalah ketagihan skrin atau gajet yang boleh mengganggu perkembangan minda anak mereka.
Oleh yang demikian, penulis buku yang juga ibu kepada tiga orang anak, Wan Nur Syakira telah berkongsi tip parenting berikut di Facebooknya bagi para ibu bapa mengenali 5 tanda ketagihan skrin di kalangan kanak-kanak untuk manfaat bersama.
Apa tanda-tanda anak ketagih skrin?
Ketagihan skrin memang menjadi masalah kebanyakan kanak-kanak zaman kini.
Kalau tak dapat, ada yang berguling-guling sehingga mengganggu rutin harian.
Makan nakkan gajet, tidur nakkan gajet. Kalau tak dapat, anak akan tantrum yang teruk.
Saya pernah sertai seminar Anak Aku Normal Ke Tak?
Puan Adlil Rajiah ada kongsikan ketagihan skrin yang ada pada anaknya Haikal sehingga terpaksa dibawa menjalani terapi.
Ada 5 Red Flag yang ada pada anaknya, pada mulanya dia merasakan benda itu biasa tetapi rupanya itu tanda anaknya ketagih gajet dan kurang stimulasi untuk perkembangan.
Red Flag pertama:
Anak tak boleh rasa bosan, tak boleh rasa keseorangan. Anak yang addicted to screen selalunya tak tahu nak hiburkan diri sendiri.
Red Flag kedua:
Anak tak suka berkaki ayam atas permukaan yang bertekstur (pasir, jalan tar, rumput). Tak suka pegang benda sticky (jelly), tak boleh tangan kotor. Tak suka baju kotor sikit.
Red Flag Ketiga:
Anak kurang keseimbangan badan bila berjalan dan berlari. Kerap terlanggar dan terjatuh.
Red Flag Keempat:
Anak tak suka tengok video yang slow pace (nature, dokumentari, Animal Planet ). Suka video yang laju (kartun, action movie, ada banyak warna, bunyi dan pergerakan).
Red Flag Kelima:
Suka gigit barang tanpa sebab.
Ini adalah tanda-tanda yang ada pada anaknya.
Gajet atau screen memang nature nya adalah membuat orang addicted.
Tak kisahlah anak-anak kecil hinggalah dewasa.
Walau apa pun alasan atau justifikasi, pemberian gajet perlu dikawal kerana sifatnya yang boleh bawa pada ketagihan.
Gajet boleh mengganggu perkembangan anak-anak dari segi sensori dan perkembangan emosi.
❌ Gajet tak boleh ganggu waktu tidur anak.
❌ Gajet tak boleh ganggu waktu makan anak, jangan bawa gajet waktu makan.
✅ Pastikan anak-anak sentiasa dihubungkan dengan dunia sebenar, real relationship.
✅ Minimakan penggunaan gajet. Jika sudah fasa ketagih, kurangkan waktu penggunaan sedikit demi sedikit. Jarakkan penggunaan.
✅ Banyakkan aktiviti bersama anak-anak. Walaupun screen time, jadikan aktiviti screen time itu bersama-sama. Tonton TV bersama.
Wan Nur Syakira
Moga bermanfaat. 😊
BACA: ‘Hyperfocus’ – Bahaya Dan Kesan Buruk Anak Yang Suka Main Gajet
Sumber: Wan Nur Syakira
Trending now



