
Jangan Percaya ‘Payslip’, Majikan Anda Sebenarnya Mungkin Culas Bayar Caruman KWSP!
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah wajib dibuat oleh majikan terhadap setiap pekerjanya.
Namun, segelintir majikan didapati sering mencari helah dan menggunakan taktik tertentu bagi mengelak diri mereka untuk membuat caruman ini atas sebab-sebab tertentu.
Di Facebooknya, Ir Abdul Rahman Bahasa telah membuat perkongsian berikut bagi menyedarkan masyarakat mengenai isu ini.
Semoga selepas membaca perkongsian bermanfaat ini, tiada lagi majikan yang suka menganiaya pekerja mereka seperti ini lagi.
DALAM SLIP GAJI POTONG EPF, TAPI BILA CHECK PENYATA EPF. HABUK PUN TAK ADA!!
👆🏻Aduhhh..Ni problem yang biasa sangat jadi🤦🏻♂️
Ada majikan yang tak bertanggungjawab dok delay-delay carum EPF pekerja. Sebab apa? Sebab nak rolling duit dulu kat tempat lain. Dengan harapan, boleh generate more income sementara duit ada kat tangan. Kalau dah pergi bayar ke EPF. Tak ada leverage dah nak rolling. Hahha😂😂
Ada jugak majikan yang sanggup bayar denda ke EPF sebab lambat carum. Pada dia orang, janji boleh rolling lagi.
Katanya “Alah..nanti dah dapat extra income, aku carumlah..Ngan denda-denda sekali aku clearkan. Tunggulah kejap! Tak nyabar langsung!”😤
Tapi langit tak selalu cerah, rolling punya rolling. Last-last, extra income tah ke mana. EPF pekerja tah ke mana.🤦🏻♂️
Apa yang penting sangat EPF ni? Kalau ditanya aku. Caruman EPF ni penting untuk orang yang “baru nak mula hidup”.
Maksud aku orang “baru nak mula hidup” ni adalah golongan yang baru start kerja. Contoh fresh grad.
Bila kau belajar bagai nsk rak kat uni bertahun-tahun.Then kau dah start kerja. Mestilah kau ada keinginan nak ada kereta sendiri,rumah sendiri and bla bla kan?
Biasanya, kalau nak beli kereta, nak beli rumah. Mesti kena buat loan kan? Melainkan kau anak orang kayangan. Bolehlah beli kereta cash,langsung geran lekat di tangan. Hahaha😂
Tapi hakikat yang pahit untuk ditelan. Berapa ramai je yang boleh beli cash, geran di tangan ni? Tak ramai geng.
Maka kenalah buat loan…Bila buat loan kenalah hadap bank..
Bank ni bukan badan kebajikan beb nak bagi kau loan gitu je! Dia orang kena pastikan korang mampu nak bayar balik loan yang dia orang bagi.
Macam mana bank nak pastikan kau mampu bayar balik loan? Jawapannya, kau kena ada pendapatan yang cukup untuk bayar balik loan. Takkan bayar bulanan RM600, gaji kau RM500, bank nak approved loan kau bro! Memang TAK lah jawabnya.
So, macam mana bank nak pastikan pendapatan dalam payslip yang kau hantar dengan loan application tu benar sebenar-benarnya?? Antara jawapannya adalah EPF statement lah.
Kenapa mesti EPF? Sebab EPF ada Akta KWSP 1991.
“Apahal pulak nak Akta-Akta bagai ni? Ni bukan nak bawak kes ke mahkamah. Nak bagi loan pun kemain payah. Approve jelah..Orang nak beli Hunda hatchback ni”. Kata Husin kongkang. Haha😄
Sabar dulu Husin oiii..Penting pasal Akta ni.
Bila kita cakap pasal Akta. Ia bole dikira satu enforcement. Satu benda WAJIB yang pekerja and majikan kena buat. So, tiada siapa boleh menipu!
Setakat tengok payslip je..ramai je boleh tipu payslip. Ramai je yang boleh buat payslip sendiri, ubah value sana sini..Semata-mata apa? Semata-mata nak dapat loan..Hahaha
So, bila refer Akta, clear cut! Tengok je statement EPF si pemohon loan. Dah tau dah gaji sebenar pemohon tu berapa.
Contoh…
Akta EPF kata, setiap individu bernama pekerja wajib carum minimum 11% dari pendapatan dia.
So, kalau dalam EPF statement tulis RM220 caruman setiap bulan. Confirm gaji kasar pemohon tu RM2k.
Kalau carum RM330. Gaji kasar RM3K.
Kalau RM440. Gaji RM4K.
And begitulah seterusnya.
So, nampak tak kenapa pentingnya carum EPF?
Tu pasal, kalau majikan tak carum EPF on time ni. Memang naya kat pekerjalah kalau korang tanya aku. Lagi-lagi pada orang yang “baru nak mula hidup” macam aku cakap tadi.
Banyak planning and keinginan pekerja tu akan sangkut bila ia berkaitan ngan bank.
Bila dia orang tau dia orang kena scam ngan majikan.
Dia orang akan hilang trust.
Bila hilang trust, lama-lama kerja pun separuh hati je.
Tak pun tak ada hati langsung. Terus resign!
Nanti siapa yang rugi??
So, mohonlah kepada rakan-rakan majikan yang culas sangat nak carum EPF pekerja tu. Janganlah kita naya orang. Carumlah EPF pekerja sebelum 15 haribulan setiap bulan ye.
Bila kita tak naya orang. Orang pun takkan tergamak nak naya kita.
Sekian
#IrARB
BACA: Pernah Terfikir Daftarkan Anak Sebagai Ahli KWSP? Ini Caranya
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa