Jangan Panik! Ini Yang Patut Anda Buat Jika Duit Dalam Bank Hilang

Jangan Panik! Ini Yang Patut Anda Buat Jika Duit Dalam Bank Hilang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah atau tidak tiba-tiba duit di dalam akaun bank anda hilang? Atau anda risau ianya akan berlaku pada anda suatu hari nanti?

Sekiranya ini berlaku, langkah pertama yang perlu anda buat ialah jangan panik! Jika anda menggunakan saluran yang betul, anda boleh dapatkan semula duit anda yang hilang tersebut menerusi cara di bawah:

  1. Hubungi bank yang mengendalikan akaun bank anda untuk penjelasan dan nasihat lanjut.
  2. Laporkan kepada pihak polis sekiranya kehilangan tersebut melibatkan kes penipuan atau kecurian.
  3. Sekiranya tiada penyelesaian daripada pihak bank, anda boleh rujuk talian Bank Negara Malaysia BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.

Selain daripada langkah di atas, anda juga boleh melaporkan kes kepada Ombudsman for Financial Services, badan yang membantu dalam menyelesaikan masalah pertikaian kewangan atau insurans tanpa perlukan khidmat peguam dan tanpa mengeluarkan sebarang kos.

BACA: Duit ‘Hilang’ Dari Bank? Ini Penyelesaian Mudah Tanpa Perlu Ke Mahkamah Dan ‘Zero Cost’

Bukan sekadar itu, Ombudsman for Financial Services yang merupakan sebuah organisasi yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia juga boleh membantu anda menyelesaikan pertikaian tuntutan pihak ketiga insurans akibat kemalangan.

Artis Jadi ‘Kambing Hitam’ Dalam Urusan Cuci Duit Sindiket Pengubahan Wang Haram
Sumber: SAYS

Terdahulu, bekas penggodam dan juga pakar teknologi maklumat (IT), Aman Shah yang terkenal dengan kisah curi 1 sen telah mendedahkan bahawa beberapa sistem perbankan di Malaysia adalah tidak selamat kerana hanya copy and paste daripada sistem terdahulu sehingga memudahkan penggodam melakukan kerja-kerja mereka.

BACA: Dikenali Dengan Kisah Curi 1 Sen, Aman Shah Dedah Sistem Bank Malaysia Mudah Digodam Sebab ‘Copy & Paste’

Sumber: PIDM