Tip Persediaan Pasca Banjir

Jangan Panik, Ini Perkongsian Tip Persediaan Hadapi Pasca Banjir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tip selamatkan barangan dan kenderaan pasca banjir.

Dalam pada negara masih belum bebas dengan ancaman COVID-19, kita dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda Lembah Klang khususnya di Selangor sejak Sabtu lalu.

Umum mengetahui banjir akan menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan termasuk kerosakan infrastruktur.

Ramai mangsa banjir hanya mampu berputih mata selepas mereka tidak sempat menyelamatkan barangan dan perkakas rumah yang penting seperti barangan elektrik.

Memang benar, musibah yang datang ini satu ujian yang berat. Namun, kita juga perlu mengharunginya dengan penuh sabar dan teruskan kehidupan seperti sedia kala.

Berikut merupakan antara tip persediaan yang dikongsikan di media sosial oleh mereka yang sudah biasa berhadapan bencana banjir dan berpengalaman memberi bantuan dari segi tenaga dan kewangan.

Persediaan pasca banjir

Tindakan awal yang perlu dibuat selepas banjir berlaku di kawasan anda menurut Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM):

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.

Tip selamatkan barangan elektrik

Kami pernah kongsikan tip selamatkan barangan elektrik biarpun sudah beberapa hari terendam di dalam banjir berlumpur. Boleh klik pautan dibawah ini:

BACA: Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir

Tip buang air bertakung dalam rumah

Banjir yang berlumpur pastinya amat melelahkan untuk dibersihkan. Boleh baca perkongsian oleh Mohd Razak Razali.

Tip Persediaan Pasca Banjir
Sumber: FB
Tip Persediaan Pasca Banjir
Sumber: FB


Tip jika kenderaan ditenggelami air banjir

Bagi yang kurang berpengalaman mengendalikan kenderaan yang ditenggalami air, boleh ikuti tip ini.

Motosikal

Tip Persediaan Pasca Banjir
Sumber: FB
Tip Persediaan Pasca Banjir
Sumber: FB

Kereta

Musibah banjir yang melanda ketika ini dapat meringankan beban pengguna Perodua apabila syarikat kereta terbabit menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Tip Persediaan Pasca Banjir
Sumber: FB
Tip Persediaan Pasca Banjir
Sumber: FB

Tip selamatkan peti ais

@halimrina8988

♬ original sound – Halimrinaenterprise – Halimrinaenterprise

Semoga bermanfaat!