Mata

“Jangan Bubuh Sampah Dalam Mata”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lambakan kanta lekap dan produk yang diletakkan di atas bola mata yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna serta dijual dengan harga murah di dalam talian kini dilihat semakin membimbangkan.

Bagi mengelakkan kemudaratan dan menjaga kesihatan mata, orang ramai diminta agar menjauhkan diri serta tidak membeli produk sebegini.

Dr Sumeria Valina melalui hantaran di Facebooknya berikut telah berkongsi satu tangkap layar iklan produk tersebut yang pernah ditemuinya.

Semoga lebih ramai menyedari tentang risiko dan bahaya produk sampah ini.

Mata

Jangan beli ya.

Sebarang bahan yang diletakkan atas bola mata atau pada mata tidak boleh dijual atau dibeli dalam talian. Pewarna kanta pun tak dijamin selamat.

Harga RM2? Golongan T20 pun boleh ranap. Sebab risiko buta/kecacatan mata itu tinggi. Kanta lekap berjenama yang diiktiraf juga tidak boleh dijual atau dibeli dalam talian.

Kita bukan orang biru (Avatar). Kita bukan watak Star Wars. Kita bukan orang yang dijamin kekal sempurna seperti ahli sihir yang minum air abadi. Itu semua kisah dongeng.

Tuhan dah bagi mata yang cantik. Jangan bubuh sampah dalam mata.

Mata

Mata

BACA: Jabatan Imigresen: Bulu Mata Palsu, Rambut Dan Kanta Lekap Berwarna Tidak Dibenarkan

Sumber: Sumeria Valina