
“…Jangan Acah Sangat Nak Tunjuk Terpaling Animal Lover.” – Netizen
Melalui beberapa perkongsian di media sosial sebelum ini, didapati banjir buruk yang melanda negara ketika ini turut memberi kesan terhadap haiwan liar seperti gajah, buaya dan babi hutan.
Kini, satu lagi klip video terbaharu mengenai haiwan liar yang dikongsikan di laman Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians turut menjadi tular dan mencetus perdebatan hangat di kalangan netizen.
Video tersebut memaparkan sekumpulan pemuda yang berada di atas sebuah bot bertindak memukul seekor babi yang sedang laju berenang menghampiri bot mereka.
Akibat pukulan kuat dengan kayu pendayung di kepala babi yang dipercayai seekor babi hutan tersebut, babi itu akhirnya mengalah dan terpaksa kembali berenang bersama kumpulan babi-babi berhampiran yang lain yang turut sama sedang meredah air banjir ketika itu.
Di ruangan komen, aksi kumpulan pemuda yang memukul dan mentertawakan babi tersebut menjadi pertikaian dan netizen didapati bertelagah sambil memberi pendapat masing-masing.
Antara komen-komen tersebut ialah:
“Jangan aniaya binatang. Tunggu balasan di akhirat.”
“Dia juga makhluk ciptaan Tuhan juga.”
“Kenapa mesti nak memukul dan ketawakan haiwan tersebut…biarkan aje.”
“Itu bukan babi biasa. Itu babi hutan yang selalunya agresif dan merbahaya.”
“Itu bot mau letak orang.. Itu binatang boleh berenang dari Indonesia datang Melaka, pasti boleh berenang..Lagipun bahaya dia masuk dalam bot, nanti semua dia langgar..”
“Kalau bawa naik sebanyak tu babi, confirm-confirm orang atas bot kena sondol. Jangan acah sangat nak tunjuk terpaling animal lover.”
——–
Apa pendapat anda? Wajarkah tindakan pemuda tersebut memukul babi itu? Patutkah babi-babi tersebut juga diselamatkan seperti mangsa banjir yang lain?
BACA: Babi Hutan Indonesia Berenang Seberang Selat Melaka Ceroboh Masuk Malaysia
Sumber: 我们是马来西亚人 We are Malaysians