john-cameron-iIzlA8N9Y8E-unsplash

“Jangan Cuba Buat”, Lelaki Ini Jelaskan Di Sebalik Tutorial Tular Hidupkan Ikan Mati

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki menghidupkan ikan yang dibeli dari pasar.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, lelaki dari Indonesia itu mengeluarkan ikan-ikan dari plastik yang dikatakan baru sahaja dibeli dari pasar oleh ibunya.

Kelihatan ikan-ikan tersebut sudah tidak bergerak seperti mana yang kita lihat di pasar basah dan kita beranggapan bahawa ikan itu sudah mati.

Ikan Mati Hidupkan Semula Penjelasan
Sumber: TikTok

Lelaki itu kemudiannya menuang ikan-ikan itu ke dalam bekas besar dan menuangkan air garam serta beberapa bahan dapur seperti bawang merah, cili dan lada.

Tidak lama selepas itu, satu persatu ikan kelihatan kembali hidup dan bergerak semula.

Ikan Mati Hidupkan Semula Penjelasan
Sumber: TikTok

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dan kagum dengan ‘keajaiban’ yang berlaku. Ada juga yang beranggapan mungkin ikan itu belum mati, sebaliknya hanya pengsan.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga turut memaparkan video beberapa ekor ikan kecil yang pada awalnya tidak bergerak tetapi hidup semula selepas menuangkan air garam dan daun bawang.

@fuad_12

Balas @agency.mango.live hidupin ikan emak dari pasar #sains bro#fypシ #berandafyp #viral #fyp #ikan

♬ suara asli – Fuad _29 – Fuad _29

Benarkah ikan tersebut dihidupkan semula?

Seorang pengguna Twitter, Dr Fitri Yusof yang mempunyai PhD in Fish Genetics memberi penjelasan di sebalik kejadian tersebut.

Menurutnya, ikan tersebut tidak mati sebaliknya dibekukan hidup-hidup. Sesetengah spesies ikan ada yang tahan lasak seperti puyu dan haruan.

“Ikan adalah berdarah sejuk (cold blooded). Jadi metabolisme ia akan turun bila suhu sekitarnya turun.”

Apabila ikan dibekukan sekejap dalam 15-30 minit, hanya bahagian luar sahaja yang diselaputi ais. Tetapi ikan akan mati disebabkan kebekuan dalam beberapa hari-hari.

“Dan lepas dah beku (bukan beku dalam ais), ikan itu dimasukkan balik dalam air untuk dinyah beku. Garam ditambah hanya gimik sebab garam (NaCl) akan turunkan sedikit suhu air disebabkan proses endothermic.

“Disebabkan saiz ikan itu secara relatif adalah kecil, metabolisme ia cepat naik apabila dimasukkan dalam air biasa semula,” jelasnya.

Katanya, perbuatan lelaki itu mencampakkan bahan-bahan dapur hanyalah gimik semata dan ia menzalimi ikan kerana tindak balas itu akan menyebabkan tekanan kepada ia akibat perubahan suhu, hypoxia (tidak boleh bernafas) dan kemungkinan berlaku ice crystallization dalam daging ikan.

Gimik sebegitu pernah tular sebelum ini dengan menggunakan spesies ikan kap. Mereka yang ahli dalam bidang ini menyatakan bahawa ikan beku masih boleh dihidupkan kembali dalam jangka masa dua tahun dengan kaedah dan suhu yang tepat.