
Jana Pendapatan RM287,000 Setiap Minit, Keluarga Ini Catat Sejarah Sebagai Yang Terkaya Di Dunia
Jana pendapatan RM287,000 setiap minit, keluarga ini dinobatkan yang paling kaya di Amerika Syarikat.
Biarpun pandemik COVID-19 yang melanda dunia menjejaskan sektor ekonomi, keluarga ini tetap menjadi keluarga bukan diraja yang paling kaya di dunia dan di Amerika Syarikat.
BACA: 10 Cawangan Pasar Raya Harga Termurah Di Pasaran Milik Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Hadapan
Memiliki rangkaian pasar raya Walmart di Amerika Syarikat, Bloomberg pernah melaporkan dalam tempoh masa seminit keluarga Walton ini mampu menjana pendapatan sehingga RM287,000.
Pada tahun 2018, jumlah kekayaan keluarga ini mencecah RM163 bilion dan meningkat tiga kali ganda menjelang tahun 2019.

Pasaraya Walmart sudah berada di pasaran Amerika Syarikat sejak Julai 1962 dan setakat ini sudah memiliki 11,484 cawangan di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat sahaja, jumlah cawangan Walmart hampir mencecah 5,000 buah.
Jumlah cawangan Walmart yang ditubuhkan menjadikan Walmart sebagai peruncit terbesar di dunia.
BACA: Walmart Lawan Amazon Dengan Perkenalkan Fungsi Pembelian Melalui Pengaktifan Suara
Pengasasnya Sam Walton bukanlah daripada keluarga yang kaya. Ibu bapanya hanyalah bekerja sebagai seorang petani di sebuah kampung di Oklahoma. Pernah menyertai barisan ketenteraan Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II, Sam Walton meninggal dunia pada 1992 di usia 74 tahun selepas menghidap kanser darah.

Keluarga Walmart banyak dijadikan sebagai contoh perniagaan generasi yang mampu bertahan sehingga kini.
Pada awal pembinaan Walmart, Sam tidak membinanya di kawasan bandar kerana mahu mengelakkan persaingan sebaliknya hanya fokus kepada perniagaan di pekan-pekan kecil.
Biarpun digelar sebagai keluarga terkaya di dunia, keluarga Walton ini jarang mendedahkan kekayaan mereka secara terbuka dan hanya bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan.
Trending now



