Jamuan Raya Sekolah

Jamuan Raya Sekolah – Ramai Ibu Bapa Kecewa Isu Lambakan Makanan Tak Habis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sepanjang bulan Syawal, sudah pastinya banyak majlis sambutan raya dan jamuan rumah terbuka diadakan di seluruh negara dan disambut meriah oleh masyarakat berbilang bangsa.

Pada masa inilah, pihak sekolah turut mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis jamuan raya yang biasanya disambut meriah dengan semua guru dan murid sama-sama memakai baju raya masing-masing.

Apa yang tidak enak didengar ialah setiap kali ada jamuan di sekolah, sama ada jamuan perpisahan, jamuan akhir tahun mahupun jamuan hari raya, isu lebihan dan pembaziran makanan sering berlaku.

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya?

Munirah Mohd Shalleh telah membuat hantaran berikut di Facebooknya mengenai isu ini.

Tanpa ingin menyalahkan atau menegur sesiapa, diharapkan agar ibu bapa dan guru-guru lebih cakna mengenai hal ini demi kebaikan bersama pada masa akan datang.

1 Jamuan Raya Sekolah

Macam mana ya nak tulis.

Risau akan ada yang tersinggung.

Beginilah,

Musim-musim raya ni kebanyakan sekolah akan mengadakan jamuan raya.

Kemudian jamuan itu diadakan secara pot luck.

Maka, berduyunlah ibu bapa yang akan membekalkan anak-anak dengan makanan untuk dibawa ke sekolah.

Terjadilah lambakan makanan sehingga ada makanan yang tidak diusik pun.

Dah si anak bawa balik kembali apa yang ibu tadi sediakan dengan harapan pada awalnya untuk sedekahkan kepada anak-anak di sekolah.

Bukan sedikit. Dikiranya untuk satu kelas 30 orang pelajar.

Dibukanya bungkusan plastik yang dibawa balik oleh anak itu tadi.

Satu pun tidak terjamah.

“Kawan tak nak makan adik punya makanan mak”

Si anak berlalu.

Allahu.

Sedih luluh hati seorang ibu kan?

Beginilah,

Hendak mengajar atau menegur aku bukanlah layak.

Cuma, minta sedikit kerjasama dari guru jika ada makanan anak murid yang tidak terusik mungkin guru tersebut boleh agih-agihkan kepada pelajar lain untuk dibawa balik ke rumah.

Sedih bila jadi begini.

Kadang ada ibu bapa yang tidak mampu hendak menyediakan makanan yang mahal dan mewah atau disukai pelajar.

Tetapi mereka berusaha untuk menggembirakan anak mereka dengan beli atau sediakan apa yang hanya mereka mampu.

Tetapi jadi sebaliknya pula.

Ada juga anak yang rendah diri. Bila tiba hari jamuan, dan sudah terjadi pada diri mereka berkali-kali makanan tidak diusik terus mereka tidak mahu hadir ke sekolah.

Jadi,

Mungkin para guru boleh memikirkan alternatif lain untuk tidak jadi hal sebegini.

Disclaimer: bukan sekolah anak-anak aku.

#Sisbulan

BACA: Kes HFMD Meningkat Ketara Selepas Aidilfitri, Ketahui Tanda-Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya

Sumber: Facebook Munirah Mohd Shalleh