Jaminan PPSMI

Jaminan PPSMI Tidak Akan Dikembalikan Diragui Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jumaat lalu, Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Maszlee Malik mengumumkan bahawa dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan dikembalikan kerana ianya merupakan program lama.

Beliau menambah kenyataan bahawa pihak Kementerian Pelajaran akan melaksanakan inisiatif baharu bagi meningkatkan kualiti pendidikan, termasuk pengajaran Sains dan Matematik sebagai persediaan pelajar menghadapai Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Kenyataan yang dibuat selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-63 dan pelancaran penerbitan digital DBP itu bagaimanapun tidak dapat memberikan keyakinan kepada Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan.

Menurut Penasihat Bahasa Majlis Perundingan Melayu, Prof Datuk Dr Awang Sariyan, ini kerana Program Dwibahasa (DLP) masih lagi dilaksakan di 1,303 buah sekolah sejak diperkenalkan pada 2016.

Jaminan PPSMI 1

DLP juga berpotensi untuk dilangsungkan secara paksa ke semua sekolah walaupun pada dasarnya program tersebut dibuat secara sukarela.

Penolakan ini bukanlah bermakna mereka menolak bahasa Inggeris, tetapi penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan melalui sistem sukatan pelajaran subjek berkenaan selain daripada perancangan semula kualiti bahan pengaran, pembelajaran dan kaedah latihan guru.

Program PPSMI pada awalnya dimulakan pada tahun 2003 kemudian dimansuhkan pada 2012 kerana kemerosotan jumlah pelajar terutamanya dalam kalangan Bumiputera yang mengambil subjek sains,teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat universiti dengan jumlah peratusan 44% pada 2018 berbanding 49% pada 2012.

Beliau turut meminta agar Kementerian Pendidikan menjelaskan dengan terperinci mengenai kerangka dan model baharu yang mereka rancang bagi memastikan ianya bukanlah jelmaan daripada PPSMI.

Sumber: Berita Harian