
Jambatan Percetakan 3D Pertama Dunia Diletakkan Di Amsterdam, Belanda
Percetakan 3D merupakan satu teknologi terkini yang memberi peluang kepada para arkitek, jurutera dan pereka bentuk menghasilkan struktur-struktur yang inovatif.
Terbaru, jambatan pertama di dunia yang dibina sepenuhnya menggunakan teknologi percetakan 3D ini telah dibuka untuk orang ramai di Amsterdam, Belanda. Jambatan yang diberi nama MX3D ini direka oleh Joris Laarman Lab bersama MX3D, syarikat permulaan yang diasaskan oleh Laarman dan Arup.

Cadangan pembinaannya bermula pada tahun 2015, di mana struktur dinamik ini mengambil masa yang lama dalam perancangannya. Pembinaannya mengambil masa 6 bulan dan hampir 4.9 tan keluli tahan karat telah digunakan.
Dengan terciptanya jambatan ini, dapat kita lihat bahawa sesuatu binaan itu mampu didirikan dengan menggunakan jumlah barangan yang lebih sedikit berbanding jambatan biasa. Ia memberi kelebihan dari segi berat yang lebih ringan serta lebih mesra alam.
View this post on Instagram
Langkah seterusnya adalah untuk memeriksa daya ketahanan jambatan ini. Alan Turing Institute telah meletakkan sensor di sepanjang jambatan ini bagi mengesan daya tahan jambatan ini terhadap perubahan cuaca, pengaratan serta kegunaan harian.
Sumber: My Modern Met
BACA: Rasa & Tekstur Sama Macam Daging Betul, Israel Berjaya Hasilkan Daging Cetak 3D