Bayar Guna Jam Tangan

Jam Tangan Atau Cermin Mata, Kaedah Pembayaran Alaf Baharu Menjelang 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kaedah pembayaran pengguna telah banyak berubah sejak beberapa tahun belakangan ini. Selain migrasi kepada sistem pembayaran tanpa tunai, pengguna juga ingin membuat pembayaran dengan cara yang lebih cepat dan mudah, seperti transaksi tanpa sentuhan.

Jika sebelum ini pengguna melakukan pembayaran melalui kod QR, kini pengguna boleh membuat pembayaran elektronik menggunakan cermin mata, jam tangan, dan gelang tangan menjelang 2020.

Menariknya, bukan menggunakan jam tangan digital tetapi melakukan pembayaran melalui jam tangan analog. Teknologi ini dibangunka hasil usaha sama syarikat pembayaran teknologi gergasi Mastercard dengan Tappy Technologies, sebuah syarikat perkhidmatan token boleh-pakai (wearables).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tappy Technologies, Wayne Leung, pembayaran elektronik boleh-pakai ini tidak memerlukan sebarang bateri dan sangat selamat untuk digunakan.

“Bagi pengguna yang peka fesyen, mereka lebih gemar untuk menggunakan jenama fesyen daripada menggunakan jenama teknologi untuk membayar secara elektronik di masa hadapan.

“Jika mereka ada jam tangan berjenama fesyen, kami boleh menambah keupayaan jam tangan analog ini untuk membolehkannya membuat pembayaran elektronik,” tambah Wayne lagi.

Bayar Guna Jam Tangan
Sumber: Business Insider

Sistem pembayaran ini berfungsi dengan apa-apa barang analog yang diaktifkan oleh Mastercard dan Tappy Technologies dan membolehkan ia untuk membuat pembayaran elektronik berasaskan kad kredit yang membekalkan data pembayaran pengguna.

Melalui kaedah ini, barang yang ‘diaktifkan’ secara hakiki, telah menjadi sebuah token pembayaran kepada pengguna itu. Secara teori, token pembayaran ini boleh didatangkan dalam apa-apa objek, seperti jam tangan, cermin mata, kunci kereta, dan lain-lain lagi.

Bayar Guna Jam Tangan
Sumber: Business Insider
Bayar Guna Jam Tangan
Sumber: Business Insider

Dengan sistem ini, Timex Group, sebuah pembuat jam tangan besar di dunia akan membekalkan jenama jam tangan mewah seperti Versace, Guess, Salvatore Ferragamo dan Valentino untuk menjadi token pembayaran yang menggunakan teknologi bersama Mastercard dan Tappy.

Menurut Mastercard, ciri tambahan ini adalah selamat digunakan, dan mempunyai risiko yang sama dengan penggunaan kad kredit sedia ada.

Sumber: Awani

Lagenda tiada ganti.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.