Grab Jalan Kerjasama Dengan Kaodim 1

Jalin Kerjasama Dengan Kaodim, Grab Bakal Tawar Perkhidmatan Baharu ‘Baiki Dan Cuci Rumah’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sentiasa ke hadapan, Grab kini mengumumkan akan menjalankan satu lagi perkhidmatan dalam aplikasi mereka iaitu membersih dan membaiki menerusi kerjasama dengan Kaodim.

Umum sedia maklum, Kaodim merupakan platform yang menyediakan pelbagai perkhidmatan membersih, mencuci, bertukang, membaiki, pertukangan dan sebagainya.

Grab Jalan Kerjasama Dengan Kaodim

Namun dengan kerjasama dengan Kaodim, Grab menyatukan kesemua perkhidmatan ini di bawah pilihan ikon ‘Clean & Fix‘. Pengguna kemudian boleh memilih perkhidmatan yang mereka mahukan sebelum membuatkan tempahan dan membayar sebagaimana pengguna menggunakan perkhidmatan lain di aplikasi tersebut.

Sebelum ini, Grab telah memperkenalkan GrabMart iaitu perkhidmatan membeli barangan runcit dalam aplikasi selain daripada penghantaran makanan, GrabFood dan penghantaran perjalanan, Grab.

Sumber: Grab

Betul ke Emilia Clarke menyanyi dalam filem Last Christmas?

LAST CHRISTMAS | Emilia Clarke Boleh Menyanyi?

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.