Jalin Kerjasama Dengan FINAS, AFlix Pesaing Baharu Netflix Bakal Hidang ‘Hiburan Beretika’

Kecoh di laman media beberapa hari lalu mengenai usul yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) agar kerajaan menapis kandungan di platform penstriman Netflix.

Mendapat tentangan daripada ramai pihak terutama mereka yang membayar untuk melanggan di Netflix, tidak lama kemudian tular beberapa keping gambar bertarikh 30 September yang memaparkan jalinan kerjasama antara FINAS dengan satu platform penstriman baharu iaitu, AFlix.

Masih belum dilancarkan, AFlix mempunyai misi dalam ‘menghidangkan’ platform hiburan beretika yang sesuai untuk tontonan satu keluarga. AFlix percaya kolaborasi bersama FINAS akan membantu mereka mempromosikan kandungan tempatan kepada dunia.

Aflix’s mission is to provide an ethical entertainment platform that is suitable for the whole family. And when a…

Posted by Aflix on Monday, September 30, 2019

AFlix yang sudah melebarkan sayap di Korea Selatan, Afrika dan beberapa negara lain kini menyasarkan misi untuk menjadi platform penstriman pertama di Malaysia dengan kadar langganan semurah USD1 (RM4.15).

AFlix Malaysia Jalin Kerjasama Dengan FINAS

Menerima pelbagai kecaman daripada masyarakat, seorang wakil daripada Aflix menggunakan laman Instagram peribadinya @coachfadzil menjelaskan huruf A yang digunakan di hadapan perkataan Flix membawa maksud ADAB yang mana kandungan yang berada di platform mereka akan ditapis terlebih dahulu sebelum dinaikkan.

Disebabkan hal tersebut, segelinter netizen telah melancarkan tanda pagar #BoycottAFlix di laman Twitter mereka.

Kemunculan Stan Lee dalam filem MCU pastinya dirindui.

STAN LEE – MCU Cameo (2008-2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.