LSE Nafi Bekas CEO PNB, Jalil Rasheed Graduan Institusi Mereka 1

Jalil Rasheed Sah Bukan Graduan LSE

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada 18 Jun lalu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapatnya percanggahan berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya (PGCE) Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed.

Latar belakang akademik dan pekerjaan yang dikemukakan oleh Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Jalil Rasheed melalui PNB kepada badan SC didapati tidak konsisten menyebabkan pihak SC membuat inkuiri mengenai perkara tersebut.

Susulan itu pertemuan dan perbincangan telah dilakukan oleh pihak SC dengan Jalil pada 11 Jun bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada empunya diri.

Dua hari kemudian (13 Jun), Abdul Jalil telah menyerahkan surat peletakkan jawatan kedua-dua jawatan yang dipegang dalam PNB berkuat kuasa 15 Jun.

Bekas CEO PNB, Abdul Jalil Rashed Cucu Saudara Tun M 1
Sumber: The Malaysian Reserve

Terbaharu, pihak London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom mengesahkan bahawa beliau bukanlah graduan keluaran institusi mereka.

Abdul Jalil yang merupakan anak kelahiran Raub dikatakan merupakan pemegang Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari LSE.

LSE Nafi Bekas CEO PNB, Jalil Rasheed Graduan Institusi Mereka
Sumber: Orang Kata

Terdahulu, Abdul Jalil dikatakan mempunyai perkaitan darah dengan bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir kerana dilantik semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.  Disebabkan itu, banyak spekulasi dan kontroversi melanda beliau termasuklah dakwaan bahawa beliau merupakan cucu saudara kepada Tun Mahathir.

BACA: Bekas CEO PNB, Abdul Jalil Rashed Cucu Saudara Tun M?

Menafikan dakwaan tersebut dengan tegas, Abdul Jalil meminta agar orang ramai berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah yang boleh menjatuhkan satu sama lain.

Dilantik menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang tamat kontrak pada 30 September 2019 pada 1 Oktober tahun lalu, Abdul Jalil, 38 tahun merupakan tokoh termuda yang dilantik sebagai CEO dalam sejarah PNB sejak ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Sumber: Astro Awani