Jalan Raya Masih Sesak, KPN Tak Tolak Kemungkinan PKP Dilanjutkan Sehingga Jun 2

Jalan Raya Masih Sesak, KPN Tak Tolak Kemungkinan PKP Akan Dilanjutkan Sehingga Jun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jalan raya masih lagi sesak dengan kenderaan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ramai lagi yang tidak mematuhi arahan untuk tetap kekal di rumah.

BACA: Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, Anda Adalah Penjenayah Yang Boleh Didenda Dan Dipenjarakan

Jalan raya masih sesak dengan kenderaan, orang ramai masih tidak menjaga jarak sosial dan masih lagi ingkar dengan perintah-perintah lain.

Disebabkan kedegilan rakyat inilah berkemungkinan besar kes jangkitan akan terus bertambah dan tempoh PKP juga berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga Jun.

Jalan Raya Masih Sesak, KPN Tak Tolak Kemungkinan PKP Dilanjutkan Sehingga Jun 1
Sumber: Johor Press

Fasa ketiga merupakan tempoh penting dalam usaha negara menghapuskan wabak COVID-9. Fasa ini menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham menjadi fasa yang boleh menamatkan pandemik COVID-19 dan membebaskan Malaysia sekiranya rakyat terus mematuhi penguatkuasaan perintah oleh kerajaan.

Keyakinan bahawa fasa ketiga ini boleh menjadi penamat kepada pandemik di Malaysia adalah berdasarkan daripada kejayaan mengurangkan kes di fasa pertama dan kedua seterusnya melengkungkan graf jangkitan di Malaysia.

Walaupun JP Morgan pernah menjangkakan bahawa Malaysia secara mendadak akan mencatatkan 6,000 kes positif COVID-19 menjelang pertengahan April, jumlah ni berjaya dikawal dengan catatan kes setakat hari ini cuma 5,182 kes dengan jumlah kematian seramai 84 orang.

Antara hantaran yang dikongsikan di Facebook mengenai kesesakan jalan raya sepanjang PKP dilaksanakan.

https://www.facebook.com/JumpaKatMahkamah/posts/2595916617288072?__cft__[0]=AZVwEAlYJrTRl4O9zvfDmIWUqsCazjyVRvL0EFpMHph5BsHSB4i-rjd6yUZMAaRHnFMOHZRWEKPVA4YDLZBEdiTq9cN67HfSyrCy4BlU7VUqx-vay3EM958hHTPq6ZviRlXaq3faA5U5v-1h_PUgpBdJzqCL6WD_nscY8nkmjNOiGa0YQAXTfbPrUaoHUhPUz_Tsid1ZmF1LCYFmLtGj7thq&__tn__=%2CO%2CP-R

https://www.facebook.com/johorpress/posts/2654018764727135

https://www.facebook.com/sitinoraini.husin/posts/2917941861615674

https://www.facebook.com/SarawakRoadsUpdate/posts/3373427969353432

https://www.facebook.com/SarikeiVirals/posts/907911792994872

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=912915122463113&id=100012339002873

Sumber: Berita Harian