
JAKIM Hasilkan Aplikasi Telefon Pintar Khas Buat Golongan ‘Kunyit’
Berita gembira buat golongan yang selama ini agak-agak terpengaruh, terpesong, terkeliru serta telah tersimpang jauh lari dari fitrah.
Mereka yang mempunyai gender dysporia, kecelaruan gender, krisis identiti jantina atau mereka yang lebih manja dengan gelaran golongan semburit atau ‘kunyit’, kini boleh mendapatkan bantuan menggunakan aplikasi telefon pintar dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ya! Betul. Anda kini tidak perlu lagi melarikan diri dari JAKIM untuk ke Thailand atau mencari perlindungan untuk menukar jantina di Australia!
Ini kerana JAKIM kini telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan Hijrah Diri – Homoseksualiti melalui satu hantaran yang dibuat di laman Facebooknya bagi membantu golongan ‘kunyit’ atau Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender (LGBT) seperti anda kembali ke pangkuan jalan.
BACA: AWAS! Unsur ‘Kunyit’ Dalam Filem Dan Rancangan Hiburan Kanak-Kanak Hari Ini
Aplikasi ini merupakan satu inisiatif dan usaha murni JAKIM yang dibangunkan bersama Yayasan Ihtimam Malaysia sebagai usaha untuk membantu golongan ‘kunyit’ yang telah ‘hanyut’ kembali kepada fitrah.
Antara lain aplikasi ini mengandungi e-book yang menceritakan pengalaman sebenar seorang gay yang telah bertaubat dan meninggalkan perlakuan homoseksual.
Kisah beliau yang nekad untuk berhijrah pada satu bulan Ramadan wajar dijadikan iktibar buat golongan ‘kunyit’ sepertinya di luar sana.
Turut disertakan dalam aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa serta zikir terpilih yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Terdapat juga kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam, tazkirah dalam bentuk audio serta banyak lagi!
Namun, buat masa ini, aplikasi telefon pintar ini hanya tersedia dan boleh dimuat turun di Google Play Store oleh mereka yang menggunakan peranti Android sahaja.
Tidak dinyatakan pula bila golongan ‘kunyit’ yang menggunakan peranti iOS atau HarmonyOS dapat memuat turun aplikasi yang berguna ini di Apple App Store atau Huawei AppGallery nanti.
Untuk muat turun, pengguna boleh klik pautan yang diberikan berikut:
http://onelink.to/hijrahdiriapp
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app_hijrahhaqq.layout&showAllReviews=true
Tinjauan di ruangan komen Facebook JAKIM tersebut mendapati ramai yang memuji langkah baik ini.
“Semoga bermanfaat, ramai yang cari jalan pulang tapi segan.” – Muhammad A
“Tahniah JAKIM. Semoga bermanfaat kepada mereka yang ingin berubah dan bertaubat.” – Zulkiflee Said
“Terbaik. Moga kita berubah ke arah kebaikan.” – Izzat Al Hadi
Tinjauan di laman Google Play Store pula mendapati aplikasi ini telah diberikan ‘4 Setengah Bintang’ dan telah mendapat pelbagai reaksi.
“Sangat berguna untuk masyarakat sekarang.” 5 Bintang – Nurul Fatihah
“Alhamdulillah, saya dah insaf.” 5 Bintang – RitardRx
“Sesudah memuat aplikasi ke dalam fon saya, saya menjadi semakin gay. Sebelum ini saya hetero. Two thumbs down.” 1 Bintang – King Kraft
Sumber & kredit foto: Facebook JAKIM
Trending now



