Jajan Super Ring Laku Keras Di eBay, Mampu Dijual RM50 Sebungkus

Jual Super Ring eBay Sebungkus RM50

Jajan semestinya menjadi makanan ringan kegemaran golongan kanak-kanak dan antara yang popular di Malaysia seperti Choki-Choki, Toki dan paling disukai ramai ialah Super Ring.

Keenakan Super Ring bukan sahaja digilai rakyat Malaysia, malah negara luar turut menyukai jajan berbentuk gegelung yang disaluti dengan perasa keju ini. Contohnya, tahun lepas pernah tular jajan ini sangat laris di Korea penangan daripada ahli kumpulan K-Pop, Blackpink.

Nampaknya penangan jajan ini bukan di Korea sahaja, malah mereka yang berada di Amerika Syarikat turut menggilainya.

Memetik laporan Mstar, seorang peniaga dalam talian menerusi platform eBay mendedahkan jajan Super Ring mendapat permintaan tinggi daripada rakyat luar negara khususnya Amerika Syarikat. Jajan yang berharga RM1.60 di sini mampu dijual sehingga mencecah AS$12 (~RM50) disana.

Jual Super Ring eBay Sebungkus RM50
AdilahIbrahim

Rabiatul Adilah Ibrahim seorang suri rumah sudah setahun berkecimpung dalam perniagaan di platfrom tersebut, segalanya bermula selepas beliau melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang tidak kurang lumayannya.

Selain jajan Super Ring yang laris dijual di eBay, petai, tempe dan ubat nyamuk turut mendapat permintaan tinggi di luar negara.

Adilah turut memberitahu beliau menjual e-book dan mengadakan bengkel untuk mereka yang ingin belajar berniaga di eBay. Boleh ke pautan ini untuk maklumat lanjut tentang perniagaan di eBay bersama Adilah.

Sumber: MStar