Jadi Punca Rusuhan Besar-Besaran Di AS, Ini Perkembangan Terkini Kes Kematian George Flyod 1

Jadi Punca Rusuhan Besar-Besaran Di AS, Ini Perkembangan Terkini Kes George Flyod

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kematian lelaki Afrika-Amerika, George Floyd yang ‘dilutut’ seorang anggota polis telah jadi punca rusuhan secara besar-besaran berlaku di Amerika Syarikat.

Detik akhir Floyd yang dirakam memaparkan anggota polis, Derek Chauvin menekankan lututnya pada leher mangsa, seorang lelaki berkulit hitam yang bergari dan tidak bersenjata yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

Berang dengan kekerasan anggota polis berkulit putih, ribuan penunjuk perasaan telah berhimpun di Minneapolis, Amerika Syarikat bagi menuntut bela atas kematian Floyd sehingga membawa kepada rusuhan secara besar-besaran.

BACA: Kematian Lelaki Kulit Hitam Dalam Tahanan Polis Punca Berlaku Rusuhan Berterusan Di AS

Semakin ramai yang berhimpun, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dikritik teruk kerana pada awalnya telah bersikap tidak sensitif dengan menyifatkan penunjuk perasaan di Minneapolis sebagai samseng dan akan melepaskan tembakan apabila keganasan bermula.

Jadi Punca Rusuhan Besar-Besaran Di AS, Ini Perkembangan Terkini Kes Kematian George Flyod

Beliau yang sempat menitipkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang kemudiannya menyokong bantahan dilakukan secara aman dan tidak boleh membenarkan apa yang berlaku di Minneapolis itu menjadi semakin buruk sehingga mencetuskan huru hara.

Umpama medan perang

Keadaan yang berlaku umpama di medan perang itu menyebabkan Gabenor Tim Walz terpaksa mengisytiharkan darurat selepas Datuk Bandar Minneapolis (bandar raya terbesar negeri Minnesota), Jacob Frey menyarankan agar sesuatu tindakan dilakukan selepas kemanan gagal dikembalikan banyak kerosakan berlaku termasuklah balai polis yang didakwa menjadi lokasi Floyd dibunuh turut dibakar.

Demonstrasi yang merebak ke beberapa bandar lain seperti Atlanta, New York dan California. Rusuhan yang telah menyebabkan beratus-ratus bangunan dan kedai dirosakkan penunjuk perasaan menyebabkan bandar Atlanta terpaksa mengisytihar darurat.

Manakala Washington pula akhirnya terpaksa mengenakan perintah berkurung pada waktu malam bermula semalam selepas penunjuk perasaan sekali lagi berhimpun di luar Rumah Putih.

Isteri Chauvin melakukan permohonan cerai

Kesal dengan sikap suaminya, Kellie telah memfailkan penceraian kepada Chauvin meskipun sudah 10 tahun melayari alam perkahwinan bersama. Turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga mendiang Floyd, Kellie dengan hormatnya telah memohon agar perlindungan dan privasi diberikan kepada keluarganya yang tidak bersalah daripada diserang penunjuk perasaan yang turut menyasarkan kediaman mereka.

Didakwa atas tuduhan membunuh

Chauvin yang ditahan sebagai ‘langkah pertama ke arah keadilan’ bakal didakwa di atas pertuduhan membunuh kelas ketiga dan kelas kedua. Ada berita yang melaporkan beliau sudah membunuh diri semasa dalam tahanan polis, namun semuanya dinafikan oleh pihak berkuasa.

Peguam Minnesotam Keith Ellison yang bakal mengetuai pendakwaan kes tersebut menegaskan akan mengumpulkan segala bukti dan sumber bagi memberikan keadilan kepada Floyd dengan kerjasama daripada peguam Hennepin Conty, Mike Freeman.

Tiga lagi pegawai lain yang terlibat tidak berdepan dengan sebarang pendakwaan namun dipecat daripada perkhidmatan polis secara serta merta.

Keadilan buat Floyd

Beberapa selebriti global turut menyalurkan sokongan mereka dan meminta agar ada keadilan buat Floyd, antaranya penyanyi Ariana Grande, Halsey, Cardi B, Madonna, Justin Bieber, pemain bola sepak, Jadon Sancho dan Achraf Hakimi.

Jadi Punca Rusuhan Besar-Besaran Di AS, Ini Perkembangan Terkini Kes Kematian George Flyod 2
Sumber: Insider

Dengan tanda pagar #BlackLivesMatter, potret Floyd turut dimuralkan di bangunan restoran yang ditutup akibat pandemik COVID-19.