
Jadi Punca Renjatan Elektrik, Ini Yang Anda Perlu Tahu Demi Keselamatan Ketika Guna Pemanas Air
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita kematian gitaris profesional, Eddy Malmsteen yang dipercayai akibat terkena renjatan elektrik daripada alat pemanas air. Turut dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu ialah kakaknya, Wan Zunira.
Perkara ini bukanlah perkara yang baharu di Malaysia kerana terdapat kes kematian yang sama sejak beberapa tahun yang lepas.
Apa peranan kita?
Alat pemanas air elektrik (lebih dikenali sebagai water heater) yang lazim digunakan di rumah, perlu diberi perhatian dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan sebarang kerosakan berlaku. Kerosakan dan kegagalan fungsi pada alat pemanas air elektrik boleh mengakibatkan renjatan dan kematian.
Jadi, perlu selidik dahulu sebelum menggunakannya iaitu adakah ia benar-benar selamat atau sebaliknya.
Faktor yang menyebabkan kegagalan pemanas air adalah tanda kerosakan yang diabaikan oleh pemilik rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut merupakan ciri-ciri pemanas air yang rosak:
1. Mesin pemanasan mengeluarkan bunyi
Enjin yang berbunyi biasanya menunjukkan bahawa unit pemanasan telah digunakan terlalu lama kerana enapan telah terkumpul di dalam tangki. Enapan yang terkumpul dari masa ke masa akan mengeras dan merosakkan penapis air sehingga mesin berbunyi. Justeru, perlu menukar kepada mesin pemanas baharu.
2. Rembesan air di permukaan pemanas air elektrik
Kebocoran pada tangki pemanas air adalah berpunca apabila mesin telah digunakan selama bertahun-tahun atau digunakan terlalu lama dalam sehari, logam dalam tangki akan mengembang dan menyebabkan keretakan pada mesin. Sekiranya ia retak, boleh menggantinya dengan mesin baharu tanpa perlu mengganti paip.
3. Air keluar keruh
Sekiranya air yang keluar dari pancuran mandi anda kelihatan keruh, matikan mesin pemanas dengan cepat dan elakkan menggunakannya dalam masa terdekat. Uji juga bau air seperti jika berbau amis maka kesalahannya ada pada paip utama mesin pemanas.
Segera hubungi pembaik pulih terdekat yang memahami cara membaiki paip pemanasan kerana cara memperbaikinya lebih rumit.
Langkah keselamatan penggunaan pemanas air elektrik
1. Pastikan ada label SIRIM
Sebagai pengguna, anda memang dinasihati untuk membeli barangan yang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus.
2. Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar
Setelah memilih alat pemanas air elektrik yang diiktiraf, seterusnya anda perlu memilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang alat pemanas air elektrik anda sendiri. productnation
Amat penting untuk sebarang kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.
3. Gantikan alat pemanas air elektrik yang lapuk
Jika anda memiliki alat pemanas air elektrik jenis model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, anda perlu menggantikan alat tersebut dengan segera. Ini kerana alat pemanas air elektrik jenis model lama tidak mempunyai ciri2 keselamatan terkini.
4. Selenggara secara berkala
Ramai tidak mengetahui bahawa alat pemanas air elektrik juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Gunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air.
5. Uji dahulu pemanas air sebelum mandi
Buka air dahulu selepas itu tekan butang ‘elb test’ untuk melihat jika trip atau off bermaknya ia selamat. Jika ada litar pintas, ia akan mati secara automatik.
Jika berlaku tanda-tanda awal renjatan elektrik, cepat-cepat tekan butang ‘elb test’ yang juga berfungsi sebagai butang kecemasan.
Amat penting untuk memastikan porduk yang menjadi pilihan anda menepati ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan sebelum membuat sebarang pembelian.
Sumber: Productnation,