
Jadi Mangsa Sindiket Minta Sedekah, Ini Kisah Sebenar Kanak-Kanak ‘Kepala Besar’ Di TBS
Beberapa tahun lalu, kisah kanak-kanak Rohingya berkepala besar di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pernah tular sebelum ianya ditularkan kembali beberapa hari ini.
Kanak-kanak Rohingya yang menghidap hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak itu sering dilihat berada di lokasi-lokasi tumpuan umum di Kuala Lumpur antaranya TBS, Masjid Jamek dan Bukit Bintang.
Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak tersebut, Mohd Yasin Mohamad Rafique merupakan mangsa sindiket meminta sedekah sejak berusia lebih kurang satu tahun lagi sering ditemani oleh individu berbeza.


Ditemani seorang wanita yang mendakwa ibunya, sindiket ini dibiarkan memohon derma pada orang ramai di TBS pada setiap hari bermula 1 tengah hari hingga 8 malam.
Kisah Mohd Yasin pernah tular dan beliau sudah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun ianya tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak berkenaan menjalani rawatan susulan selepas itu.
Dalam keadaan terbaring, keadaan Mohd Yasin bukan sahaja menimbulkan simpati orang ramai di sana tetapi juga rasa marah kerana nasib anak malang tersebut yang menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Harian Metro, ketika ditemu bual wanita yang mengakui sebagai ibu Mohd Yasin, Omar Akhtar Mohammad Nor, 21 tahun yang berasal dari Myanmar mendakwa beliau terpaksa mengemis bagi menampung kos perubatan anaknya yang mencecah RM1,000 setiap kali rawatan susulan di HKL.
Memegang kad Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR), semakan pihak Harian Metro mendapati kad keduanya adalah sah kerana terdapat di dalam sistem agensi itu.
Kata Omar, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai pencuci kereta sebanyak RM1,200 sebulan tidak cukup untuk menampung keperluan rawatan anak mereka.
Menggunakan kisah-kisah sedih, keadaan kesihatan Mohd Yasin dijadikan sebagai umpan untuk mereka yang tidak bertanggungjawab menjana pendapatan dengan cara yang mudah dan banyak.
Seorang tukang ceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi pernah menulis kisah mengenai Mohd Yasin di Facebook dua tahun lalu kembali menaikkan tulisannya hari ini kerana bimbang ramai yang menjadi mangsa penipuan sindiket ini.
Sudah ada tangkapan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tidak diberikan rawatan sepatutnya.
Jelas sekali beliau dipergunakan.
Harapnya pihak bertanggungjawab dapatlah menyelesaikan isu ini dengan segera. Sudah beberapa tahun, takkan dibiarkan begitu sahaja?
Sumber: Harian Metro
Trending now



