Sisi Gelap Operasi Kilang iPhone Foxconn 6

Jadi Lambang Kemegahan Pengguna, Ini Derita Di Sebalik Operasi Kilang iPhone

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biasa dengar onde-onde atau kuih buah melaka yang berwarna hijau bukan? Apa kata kali ini kita olah resipi dengan menggunakan buah labu.

Kalau ada lebihan buah labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa lagi menggunakan buah labu, jom cuba resipi ini yang rasanya sangat sedap dan berlemak manis. Nak buat pun mudah!

resipi onde-onde labu
Sumber: Mingguan Wanita, Instagram

Onde-onde Labu

Bahan-bahan:

2 cawan labu dikukus kemudian dilenyek
Gula melaka dipotong kecil
2 cawan tepung pulut
1/2 biji kelapa parut putih (gaul dengan secubit garam)
Pewarna kuning
Air secukupnya

Cara penyedian:

1. Lenyek labu yang dikukus sehingga lumat dan gaul sebati bersama tepung pulut. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya masukkan sedikit perwarna kuning dan gaul rata hingga menjadi doh.

2. Buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah-tengah kemudian bulatkan.

resipi onde-onde labu

3. Jerang air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi ke dalam air mendidih. Angkat apabila sudah timbul di permukaan.

4. Akhir sekali, onde-onde yang sudah masak tadi golek-golekkan atas kelapa parut yang sudah digaul bersama secubit garam.

Selamat mencuba!

Kalau craving piza, wajib datang sini. Memang jenis tak kedekut cheese owner ni.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.