Kampung Penerjun Cilik China Jadi Buruan Ditutup

Jadi ‘Buruan’ Selepas Sumbang Emas, Kampung Penerjun Cilik China Terpaksa Ditutup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kampung Penerjun Cilik China Terpaksa Ditutup.

Kisah di sebalik kejayaan penerjun cilik dari China, Quan Hongchan yang meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 menarik perhatian pelbagai media di seluruh dunia.

Sehinggakan kampung penerjun yang baru berusia 14 tahun itu terpaksa ditutup daripada orang luar termasuk saudara-maranya.

Menurut laporan media, tindakan itu terpaksa dilakukan selepas orang ramai berkumpul dalam kumpulan yang besar sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas selain melanggar peraturan pencegahan dan kawalan wabak COVID-19.

Ada juga live-streamer yang memanjat pokok buah-buahan yang ditanam di rumahnya dan mengambil salah satu tanaman di situ sebagai cenderahati.

Laporan juga mendakwa ada yang sanggup datang dari jauh ke kampung berkenaan semata-mata mahu melakukan livestreaming sehingga tengah malam atau dalam cuaca hujan.

Kampung Penerjun Cilik China Jadi Buruan Ditutup

Rumah Hongchan juga menjadi tumpuan dengan dibanjiri pelbagai makanan ringan, mesin permainan dan perkhidmatan perubatan selepas kisahnya mahu meraih emas dalam acara yang dipertandingkan bagi membantu keluarga dan mengumpul wang untuk merawat ibunya yang sakit.

Niat murni Hongchan menarik perhatian sebuah hospital di kampung halamannya di Zhanjiang yang ingin membantu menyediakan rawatan lengkap buat ibu dan datuknya.

Pihak hospital berkata mereka bangga dengan kejayaan juara Olimpik itu dan bersedia untuk membantu keluarganya.

Selain itu, tiga syarikat di daerah tersebut akan menyediakan rumah, kedai runcit dan bonus buatnya, menurut Persekutuan Industri dan Perdagangan Bandaraya Zhanjiang.

Hongchan dan keluarga turut menerima kemasukan percuma seumur hidup di beberapa taman hiburan, zoo dan pusat peranginan. Bahkan, seorang ahli perniagaan tempatan pula menawarkan wang tunai 200,000 yuan (RM130,000) kepada bapa Hongchan tetapi ditolak.

“Walaupun pencapaiannya layak mendapat penghormatan masyarakat, dia masih seorang remaja yang perlu diberi pelindungan daripada peminat fanatik,” kata seorang pemerhati media.

Sebagai atlet paling muda dalam kontinjen China, aksi Hongchan mencuri tumpuan dunia ketika pusingan akhir acara 10 meter platform individu wanita yang menyaksikan dia melakukan tiga terjunan sempurna dan meraih 10 markah untuk mengumpul keseluruhan 466.20 mata.

BACA: Tiga Kali ‘Perfect 10’, Hasrat Biayai Rawatan Ibu Dorong Penerjun Cilik Dari China Raih Emas

Sumber: Global Times