Fasiliti Sekolah

Jabatan Kerajaan Lain Dapat Macam-Macam, Tapi Kenapa Fasiliti Sekolah Tetap Uzur Dan Mundur?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Telah menjadi perbualan hangat sejak sekian lama, fasiliti di kebanyakan sekolah di seluruh negara sering kali dipaparkan berada dalam keadaan yang sangat daif dan memalukan.

BACA: Kena Beli Sendiri Kipas Untuk Kelas Di Sekolah, Bukti Kegagalan Pengurusan Sistem Pendidikan Negara

Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga sering dipersoalkan dalam menangani isu ini.

Jika diperhatikan, di jabatan-jabatan kerajaan yang lain, jumlah peruntukan yang diperolehi sentiasa mencukupi dengan kelengkapan dan fasiliti yang sering ditambah baik dari semasa ke semasa.

Manakala di sekolah-sekolah yang berada di bawah KPM pula, keadaannya sangat berbeza hinggakan pihak yang terlibat terpaksa memohon sumbangan dan mengeluarkan duit poket sendiri.

Inilah realitinya seperti yang didedahkan oleh seorang Admin di laman Facebook Cikgu Fadli Salleh melalui satu hantaran yang dibuatnya berikut.

Persoalannya, sampai bila anak-anak kecil yang tidak berdosa ini terpaksa menanggung azab untuk menuntut ilmu dalam suasana yang serba kekurangan dan tidak selesa?

Fasiliti Sekolah

Benar bagai dikata. Fasiliti sekolah banyak yang uzur. Pintu tandas pun rosak. Whiteboard berbelas tahun tak bertukar, kerusi meja murid dan guru lagilah.

Alatan wajib ada seperti printer, photostat, mesin laminate, projektor, Smart TV dan berbagai lagi semua kena guna duit poket sendiri atau mohon sumbangan PIBG/pihak luar.

Sedangkan ia untuk pendidikan. Untuk murid dan pelajar.

Kerajaan harus memandang berat isu ini. Hari ni KPM bicara tentang kehebatan pendidikan zaman moden dan keperluan pendidikan digital.

Sedangkan realiti fasiliti banyak sekolah di Malaysia masih belum bersedia dan mundur. Melainkan sekolah elit, sekolah di Putrajaya, sekolah SBP dan MRSM.

Jurang antara kemudahan di sekolah-sekolah pedalaman dan bandar sangat besar. Kenapa sampai macam ni? Kita dah di tahun 2022 kot. Bukan 1982.

Hmmm.

– Admin Monmon –

Sumber: Facebook Cikgu Fadli Salleh