Jabatan Imigresen

Jabatan Imigresen: Bulu Mata Palsu, Rambut Dan Kanta Lekap Berwarna Tidak Dibenarkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini, menurut akhbar Sin Chew Daily, ramai yang mengeluh kerana tidak berjaya untuk memperbaharui pasport masing-masing di Jabatan Imigresen Malaysia kerana dikatakan tidak menepati ‘kriteria’ tertentu.

Menurut World of Buzz, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengesahkan bahawa rambut berwarna, kanta lekap berwarna dan bulu mata palsu adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali ketika sesi mengambil gambar untuk memperbaharui pasport.

Berikut adalah penerangan lanjut mengenainya:

Rambut berwarna: Satu-satunya warna rambut yang boleh diterima ialah HITAM. Rambut berwarna TIDAK akan diterima. Sekiranya kawasan berwarna kecil, pihak imigresen akan menyediakan penyembur rambut untuk menutup sementara kawasan yang berwarna tersebut. Jika rambut anda dicelup warna sepenuhnya, anda perlu membeli pewarna rambut sementara untuk menyemburkannya bagi memastikan ianya berwarna hitam.

Kanta lekap berwarna: Kanta lekap berwarna anda perlu ditanggalkan buat sementara waktu tetapi digalakkan untuk memakai kanta yang tidak mempunyai warna bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Bulu mata palsu: Ini sudah tentunya TIDAK DIBENARKAN kerana dilaporkan banyak permohonan ditolak oleh pihak imigresen kerana pemakaian bulu mata palsu. Bulu mata palsu tidak boleh terlalu panjang, dan sambungan bulu mata juga adalah tidak dibenarkan.

Susulan itu, Jabatan Imigresen Malaysia menggesa agar semua rakyat Malaysia memastikan mereka memenuhi kriteria-kriteria di atas sebelum menuju ke jabatan tersebut agar urusan kedua-dua pihak dapat berjalan dengan lebih lancar.

Jabatan Imigresen

BACA: Hati-Hati! Anda Boleh Dituduh Memiliki Pasport Palsu Jika Ini Berlaku Di Jabatan Imigresen

Sumber: World of Buzz