
Ito Hirobumi, Lelaki Sikat Tepi Zaman Restorasi Meiji
Baru-baru ini, seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan. Kejadian tersebut dirakam oleh wanita itu lalu telah tular di media sosial.
Walaupun kejadian itu bukanlah perkara yang elok, namun netizen lebih terpanggil untuk melihat rambut suami wanita tersebut yang membuat sikat tepi. Seorang pengguna Facebook bernama Syairir Malek telah berkongsi satu cerita dari Jepun tentang seorang tokoh yang suka bergaya dengan teknik sikat tepi. Jom kita baca cerita beliau.
ITO HIROBUMI, GENG SIKAT TEPI RESTORASI MEIJI
Ito Hirobumi adalah Perdana Menteri pertama Jepun.
Setelah Restorasi Meiji mengembalikan semula kuasa kepada Maharaja, beliaulah antara insan yang banyak menyumbang kepada pemodenan negara matahari terbit ini.
Bukan sahaja beliau adalah PM Jepun yang pertama, beliau juga mengetuai proses pembentukan Perlembagaan Meiji dan menjadi PM 3 kali lagi!
Tak ada orang Jepun yang tak kenal Ito Hirobumi.
Tapi hari ni ambo bukan nak cerita tentang sumbangan beliau kepada Jepun, tapi ambo nak cerita pasal hidup beliau yang sampai ke akhirnya dipenuhi cinta kepada kaum hawa.
Hari ini ambo nak cerita pasal Ito Hirobumi mamat Sikat Tepi Teragung di Zaman Meiji.
Power tak power sikat tepi dia, nama timangan beliau di antara member member adalah “Penyapu” atau houki (ほうき), sebabnya ya, semua beliau sapu.
Ceritanya bermula pada tahun 1863, setelah beliau dihantar untuk belajar di England. Masa tu demi pemodenan Jepun, samurai-samurai muda dibiyai kerajaan untuk belajar di barat.
Tapi Ito san seorang sahaja diberikan mandat istimewa untuk mempelajari budaya dan cara hidup orang putih. Jadi kerajaan kasi dia duit lebih dari samurai lain.
Jadi beliau memilih untuk mempelajari budaya di rumah rumah urut tempatan.
Punyalah banyak dia pakai duit kerajaan “buat kajian”, sampai hampir ditamatkan pengajian oleh kerajaan tapi dapat tinggal di England kerana rayuan dari Inoue Kaoru, member kamcing beliau yang juga merupakan seorang lagi otai Restorasi Meiji.
Setahun kemudian Ito san pulang ke Jepun kerana Perang Shimonoseki yang tercetus antara tempat asal beliau iaitu Negeri Chosu (Yamaguchi Prefecture sekarang) dan gabungan kuasa barat.
Niat nak tolong, tapi sebab dituduh “pembelot” beliau terpaksa menyembunyikan diri demi keselamatan.
Walaupun masa ni dia dah berkahwin dengan Cik Sumi, anak keluarga samurai (dan adik member kamcingnya yang lain pula), beliau pergi bersembunyi di rumah seorang geisya yang bernama O’Ume.
Sabab satu nyawa baru terhasil dari persembunyian ini, Ito san menceraikan Sumi untuik bersama Ume.
Pada tahun 1868, Ito Hirbumi dilantik menjadi Governor Wilayah Hyogo. Masa ni Ito san buat sikat tepi dengan dengan Cik O’Naka, yang merupakan anak perempuan kepada tauke hotel/restoran yang terkenal di zaman itu.
Isteri beliau O’Ume yang biasanya sangat sabar dengan Ito san, marah sangat sampai dia minta Inoue Kaoru yang merupakan AG Nagasaki masa ni, untuk kahwinkan O’Naka dengan seorang polis tempatan.
Ikut lagenda, kalau geiysa datang ke rumah, O’Ume akan sediakan buah tangan untuk mereka hari berikutnya. Jadi sampai tahap minta AG campur tangan ni, memang dah marah betul ni.
Pada 1887, semasa Ito san menjadi perdana menteri, beliau jatuh hati dengan Puan Kiwako semasa mereka bertemu di semua majlis rasmi kerajaan.
Masalahnya Puan Kiwako adalah isteri kepada Toda Ujitaka yang merupakan duta rasmi Jepun ke Austria-Hungary masa tu. Bini duta ke apa, bukan Ito san peduli. Dia sikat tepi jugak.
Tak tahulah sama ada kaitan atau tidak, selepas sikat tepi degan Puan Kiwako bermula, Toda Ujitaka terus menerus naik pangkat dalam kerajaan dan penjadi pegawai khas yang menjaga hal ehwal Maharaja Meiji.
Semasa Perang Russia Jepun bermula pada tahun 1894 pula, tentera Jepun menubuhkan ibu pejabat perang di Hiroshima. Masa ni pun banyak cerita Ito Hirobumi terus bercanda bersama geisya-geisya di sini.
Yang paling sensasi adalah cerita bila rundingan damai bermula dan ada cubaan untuk membunuh wakil Cina, Ito Hirobumi menerima laporan peristiwa ini dikelilingi geisya-geisya.
Punyalah banyak cerita sikat tepi Ito san, sampai beliau dipanggil ke istana oleh Maharaja Meiji yang menasihati supaya jangan banyak sangat sikat tepi.
Tetapi mengikut lagenda, Ito Hirobumi membalas nasihat Maharaja dengn ucapan “Tuanku, antara orang orang yang menyibuk dengan cerita patik, ramai juga yang sikat tepi sembunyi-sembunyi. Tetapi hubungan patik adalah bersama geisya-geisya yang diiktiraf negara, dan tak pernah patik sembunyikan dari sesiapa”.
Ni barulah level sikat tepi yang ambo boleh respek. Marahaja sound pun tak makan saman.
Selepas bersara pun Ito Hirobumi rilek sahaja bawa geisya bernama Momokichi untuk menyambut tahun baru di Kuil Narita-san.
Sambutan tahun baru di Kuil adalah antara perkara besar dalam hidup oramg Jepun, jadi memang tak pernah ada bekas perdana menteri buat benda maacm ni.
Banyak lagi anekdot cerita-cerita sikat tepi Ito Hirobumi hinggakan sebuah buku berjudul “Koi No Hirobumi” atau Sang Sikat Tepi Ito Hirobumi diterbitkan pada tahun 1902.
Bagi yang boleh baca Bahasa Jepun lama, buku ini boleh ditemui ada dalam Koleksi Digital Perpustakaan Parlimen Jepun di sini.
Bukan setakat buku ini sahaja, geisya-geisya yang mencintai Ito san juga menerbitkan buku kisah hidup bersama mereka juga.
Salah seorang dari mereka adalah Cik Hida Keiko yang menasihati cucu beliau dengan ayat “Daripada jadi isteri lelaki biasa, lebih baik jadi wanita kedua lelaki luar biasa”
Walaupun zaman dah banyak berubah, tapi ambo rasa hubungan antara lelaki dan wanita masih penuh cubaan dan pancaroba.
p/s: Harapnya ada yang terhibur hati sedikit sebanyak membaca perkongsian ini dalam penat lelah menghadapi banjir.
Ambo pilih cerita ni pula, satu sebab Ito Hirobumi memang sikat tepi. Kedua ambo nak cerita bahawa pemimpin sehebat mana pun tiada yang sempurna, tapi tak kiralah kau nak lipat duit rakyat ke, nak tambah bini/jantan ke, nak kasi kedudukan dan kedudukan ke member ke apa, TAPI BILA RAKYAT SUSAH, TURUNLAH DENGAN PENUH RENDAH DIRI DAN EMPATI UNTUK BANTU RAKYAT.
BACA: Lelaki Ini Kongsikan Pengajaran Daripada Kes Curang Yang Berlaku Baru-Baru Ini
Sumber: Facebook Syairir Malek
Trending now



