Isytihar Amaran Koronavirus Pasar Raya Singapura 10

Isytihar Amaran DORSCON Tahap Oren, Rakyat Singapura Diminta Jangan Panik Borong Bekalan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Singapura isytihar amaran DORSCON tahap oren. Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) di SIngapura kini sudah dinaikkan daripada tahap kuning kepada tahap jingga atau oren semalam bagi membendung penularan wabak koronavirus.

BACA: Kerajaan Pantau ‘Pembelian Panik’ Rakyat Singapura Di Johor

Langkah isytihar amaran ini diambil selepas pihak berkuasa menemui beberapa kes koronavirus baharu membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China membawa kepada keseluruhan kes jangkitan adalah seramai 33 orang.

Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan Tak Tangani Koronavirus 2

Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong menasihati agar rakyat Singapura menghentikan semua kegiatan luar sehinggalah cuti hujung Mac ini bagi mengelakkan dijangkiti.

Sehubungan dengan pengumuman itu, ramai rakyat Singapura yang khuatir telah melakukan pembelian panik, iaitu memborong bekalan demi persediaan sebelum tahap ini meningkat kepada tahap merah.

Koronavirus Pasar Raya Singapura 3

Koronavirus Pasar Raya Singapura 4

Koronavirus Pasar Raya Singapura 5

Untuk pengetahuan anda, DORSCON peringkat jingga bermakna penyakit dianggap teruk dan mudah berjangkit daripada manusia ke manusia tetapi tidak terlalu meluas dan sedang dibendung.

Isytihar Amaran Koronavirus Pasar Raya Singapura 9

Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Eric Teoh semalam memaparkan beberapa tempat meletakkan bekalan barangan di sebuah pasar raya di Singapura sudah kosong, antaranya tisu dan mi segera.

Koronavirus Pasar Raya Singapura

Koronavirus Pasar Raya Singapura 1

ISytihar Amaran Koronavirus Pasar Raya Singapura 6

Isytihar Amaran Koronavirus Pasar Raya Singapura 7

Isytihar Amaran Koronavirus Pasar Raya Singapura 8

Menteri Industri dan Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing dalam satu hantaran Facebook menenangkan rakyat Singapura dengan mengesahkan bahawa bekalan dalam menghadapi krisis ini masih mencukupi dan rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik.

https://www.facebook.com/SeahKianPeng/posts/2701082116636732

Sumber: Berita Harian, Straits Times