Isu Transgender Tunai Umrah, Ini Hukum Yang Wajib Mereka Patuhi

Sumber: Menjadi tetamu Allah

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah impian semua orang yang bergelar Muslim tidak kira umur, bangsa mahu pun jantina. Tular baru-baru ini mengenai isu transgender yang menunaikan umrah iaitu seorang usahawan kosmetik yang merupakan seorang transgender bersama dua orang lagi rakannya menunaikan umrah.

BACA: Hati-Hati! Lelaki Ini Kongsi Cara Operasi ‘Scammer’ Di Tanah Suci

Yang menjadi isu apabila, beliau dan rakan-rakan dilihat menunaikan umrah dengan menggunakan telekung seperti jemaah wanita tulen yang lain.

Hukum Transgender Tunai Umrah 2
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Haji Umrah Dot Me

Yang menimbulkan kemarahan orang ramai ialah apabila individu berkenaan sebelum berlepas berpakaian seperti jemaah lelaki, namun lain yang jadi sesudah tiba di sana.

Apabila ini menjadi isu, pastinya orang ramai akan menyalahkan agensi umrah yang terlibat kerana dikatakan tidak peka terhadap isu-isu sebegini, namun ini respon mereka.

Hukum Transgender Tunai Umrah

Seorang individu yang dikenali sebagai @akhifairuz_ telah merujuk kepada Mufti Wilayah berkenaan dengan perkara ini.

Menurut laporan daripada Harian Metro, agensi yang menguruskan urusan umrah beliau sudah merujuk kes berkenaan kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan seterusnya.

Kumpulan umrah khas keluarga ushawan kosmetik berkenaan itu disertai oleh sembilan orang; tujuh dewasa dan dua kanak-kanak pada awalnya sudah diberitahu oleh pihak agensi supaya tidak mempublisitikan percutian mereka agar tidak menimbulkan ketidakselesaan segelintir masyarakat Muslim.

Mereka pada awalnya bersetuju untuk mematuhi serta menghormati pandangan umum namun sebaliknya yang terjadi sesudah di sana berada di luar jangkaan pihak agensi.

Hukum Transgender Tunai Umrah 3

Cakna dengan isu transgender dan hukum ibadah yang dilakukan mereka, seorang ustaz, Syed Shahridzan tampil memberikan penjelasan mengenai apakah hukumnya golongan transgender ini dalam menunaikan ibadah umrah.

1. Hukumnya HARUS dan mereka layak mengerjakan ibadah umrah selagi bergelar Muslim, namun agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang perlu mereka patuhi.

2. Syarat WAJIB: Golongan ini wajib mengerjakan umrah berdasarkan HUKUM ASAL JANTINA.

3. WAJIB pakai kain bengkung tidak berjahit supaya ‘payudara tiruan’ tidak kelihatan ketika memakai ihram.

4. WAJIB berihram seperti lelaki dan WAJIB berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. TAK BOLEH berpakaian seperti wanita walaupun dengan bertudung mahu pun bertelekung.

5.  WAJIB mengerjakan ibadah di ruangan solat lelaki, malah WAJIB menggunakan tandas lelaki. Pihak agensi WAJIB memastikan bilik penginapan mereka tidak bercampur dengan wanita tulen.

Menurut Ustaz Syed Shahridzan lagi, pihak agensi memainkan peranan penting dalam menitikberatkan syarat-syarat berkenaan supaya tidak dikira sebagai bersubahat dengan perkara mungkar yang dilakukan mereka sama seperti di tanah air.

Sumber: Syed Shahridzan, Harian Metro