
Isu Tauke Burger Dan MBSA: Peniaga Kecil Di Sungai Buloh Turut Terkena Tempias
Peniaga Kecil Di Sungai Buloh Turut Terkena Tempias.
Selepas tularnya video pemilik dan pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali Asri Janggut sehingga mendapat perhatian daripada Ketua Polis Negara dan juga Menteri Kementerian Dalam Negeri, telah berlaku sedikit perubahan dari MBSA.
Pihak berkuasa PDRM dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah meningkatkan lagi ketegasan mereka dengan mengambil tindakan undang-undang serta merta di kawasan tersebut.
Sepertinya, tindakan Asri Janggut itu ada yang tidak disenangi beberapa kelompok peniaga yang sekian lama mencari pendapatan di kawasan tersebut.
Operasi besar-besaran telah dilakukan di sekitar situ dengan banyak premis termasuk kilang sehinggalah peniaga-peniaga gerai kecil di tepi jalan sekitar Bandar Baru Sungai Buloh telah menerima notis perobohan semua struktur yang tidak mengikut kelulusan MBSA.
Seorang peniaga yang telah berniaga sejak puluhan tahun turut terkena tempias apabila menerima notis untuk merobohkan gerai makan tepi jalan.
Menurutnya selama berpuluh tahun berniaga di situ, memang sering dikenakan kompaun tapi tidaklah sehingga diberi notis untuk roboh seperti kali ini.
“Satu Bandar Baru Sungai Buloh kena notis, alang-alang nak bagi notis bagi untuk satu negeri baru adil.” ujarnya.
“Peniaga kecil-kecil berniaga nasi lemak, kueh, goreng pisang depan rumah, untung RM30 sehari dah tak boleh berniaga.
“Esok makcik-makcik ni kena beratur di pusat zakat mohon bantuan.
“Kami tak marah, cuma kami fikirkan peniaga-peniaga kecil juga. Kalau MBSA marah pada abang Hot Burger, janganlah satu Sungai Buloh kena serang,” katanya.
Dalam pada itu, selepas mendengar keluhan peniaga yang terjejas akibat isu tular, Ahli Parlimen Sivarasa Rasiah akan membawa isu tersebut ke peringkat atasan MBSA untuk tindakan lanjut.
https://www.facebook.com/1390090887986872/posts/2654242618238353/?d=n
BACA: Sogokan Hingga RM3,500 Sebulan Punca Peniaga Haram Masih Berleluasa Di Sungai Buloh