raya haji

Isu Syarat Ketat Tunai Haji – ‘Fahamkan Ini, Anda Tak Dijemput Menjadi TetamuNya’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular baru-baru ini mengenai isu kelayakan menunaikan ibadah haji apabila sebuah laporan daripada akhbar Utusan memaklumkan hanya 45 daripada 85 jemaah haji dari negeri Perlis yang ditawarkan ke tanah suci berjaya melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.

Difahamkan, bakal jemaah yang gagal kelayakan itu mengalami masalah obesiti, menghidap penyakit kecing manis, darah tinggi tidak terkawal dan penyakit paru-paru kronik berdasarkan penilaian pegawai perubatan.

Ekoran kenyataan tersebut, rata-rata netizen terkilan dengan syarat tersebut yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Rentetan itu, seorang pengguna Facebook bernama Khairul Faizie mengulas tentang isu tersebut yang mana syarat kelayakan dilihat ketat itu, salah satu faktornya mungkin disebabkan oleh kawalan wabak.

Syarat ketat tunai haji

Untuk pengetahuan, mulai tahun ini 2022/ 1443M, syarat kesihatan untuk layak pergi haji bertambah ketat. Salah satu faktor mungkin disebabkan oleh kawalan wabak.

Antara syarat yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan yang menjadi sebab seseorang itu tidak layak pergi haji:

1) Obesiti BMI 40 dan ke atas (automatik tidak layak)
2) Obesiti BMI 35-40 dan mempunyai 1 penyakit kronik seperti DM/hypertension
3) Pesakit DM dengan bacaan Hba1c 8.0% ke atas
4) Perokok dengan penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan

Agak tersentuh tadi ternampak pasangan suami isteri menangis teresak-esak sebab suami tidak dapat pergi haji disebabkan paras gula yang tidak terkawal (Hba1c> 8%) sedangkan isteri itu layak.

Ada juga yang merayu-rayu dan marah seakan-akan tidak puas hati dengan doktor sebab tidak melayakkannya untuk pergi haji disebabkan oleh penyakit kencing manis yang tidak terkawal juga.

Jadi untuk anda/ibubapa yang merancang untuk melakukan haji beberapa tahun akan datang:

1) Lakukan medical check-up tahunan di klinik berdekatan
2) Amalkan healthy lifestyle. Turun berat badan dengan jaga makan dan regular exercise (untuk berat badan berlebihan/obes)
3) Stop smoking untuk lelaki yang merokok

Economics

Apa perancangan yang perlu dibuat?

Menurut Khairul, golongan perokok perlu berhenti melakukan tabiat itu kerana penyakit COPD tidak akan hilang (no cure) walaupun anda ambil ubat dan tekad untuk berhenti merokok selepas didiagnos.

COPD adalah penyakit kronik yang akan menyebabkan batuk berpanjangan, batuk berkahak banyak, sesak nafas.

Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan diabetes perlulah kawal bermula dari sekarang. Ikutlah saranan doktor dalam pengambilan ubat.

Dalam pada itu, diingatkan tidak perlu mengambil produk kesihatan yang dijual tanpa kelulusan.

“Buat bakal jemaah yang gagal ujian kesihatan dan tak dapat tunaikan haji, tak usah marah dan maki hamun doktor. Anda tak dijemput menjadi tetamuNya, fahamkan yang ini. Gagal ujian kesihatan hanyalah asbab.”

Maka, bermula saat ini kita perlu peka dengan penjagaan kesihatan diri.

BACA: Kos Haji Jemaah Malaysia Lebih Mahal Dari Indonesia? Penjelasan Ini Buat Ramai Bersyukur

Sumber: Facebook Khairul Faizie