
Isu ‘Student Conquer McD’ – Kalau Nak Lepak Lama-Lama Tu Memang Boleh, Tapi…
Rangkaian restoran makanan segera ‘McD’ atau McDonald’s cawangan Presint 2, Putrajaya menjadi perbualan hangat di media sosial susulan dari satu luahan perasaan yang dibuat oleh seorang warganet di laman Facebook Komuniti Putrajaya – Official baru-baru ini.
Ini berikutan restoran ‘McD’ tersebut khabarnya dijadikan sebagai sebuah lokasi popular oleh golongan pelajar yang tinggal berdekatan untuk menyiapkan kerja sekolah, mengadakan diskusi atau menyiapkan ‘assignment’ masing-masing sehingga tidak memberi peluang untuk pelanggan yang ingin menjamu selera di situ.
Rata-rata netizen berpendapat situasi seperti itu bukan sahaja hanya berlaku di cawangan tersebut, malah turut berlaku di rangkaian makanan segera yang lain malah juga di restoran-restoran mamak.
Di laman Facebooknya, Ketua Pegawai Eksekutif Azbahri, Ahmad Saiful Bahri telah berkongsi pandangannya mengenai isu ini. Semoga golongan pelajar semua dapat memperolehi sedikit kesedaran sivik selepas membaca hantaran serta teguran yang dibuat oleh beliau ini.
Saya selalu buat kerja di luar. Bukanlah sebab nak Wi-Fi atau nak elektrik free. Saya tak pernah guna pun public Wi-Fi (atas sebab keselamatan), dan jarang juga cucuk plug sebab tak bawa adapter pun. Bateri laptop + powerbank dah 10 jam (lebih dari cukup).
Ada 3 sebab saya buat kerja di luar
- Nak jumpa client, saya tiada office jadi memang jumpa client di luar. Biasanya saya biar client yang pilih lokasi.
- Lapar, walaupun kat rumah boleh order FoodPanda, tapi makan kat kedai lagi syok. Dia macam free flow, lapar je order, lapar je order itu yang best.
- Nakkan suasana. Kalau asyik buat kerja kat rumah bosan juga. Jadi selalu buat kerja di luar, tapi bukan setiap hari di tempat sama, macam-macam kedai dan macam-macam mall saya pegi.
Saya ok buat kerja di kawasan ramai orang, dan suasana bising. Tiada masalah.
Tak perlu sebut pasal peraturan, memang dari segi peraturan tak salah. Meja untuk customer dan anda adalah customer. Meja juga free seating, first come first serve. So tak salah juga. Plug, Wi-Fi, aircond memang disediakan untuk anda guna.
Tapi ada satu perkara kita kena ada, iaitu
“COMMON SENSE”
Common sense (or simply sense) is sound, practical judgment concerning everyday matters, or a basic ability to perceive, understand, and judge in a manner that is shared by (i.e. common to) nearly all people. Saya siap copy dari Google ni, harap boleh faham 😁
Elakkan buat kerja, atau study, atau discussion, atau meeting, atau gathering, di kedai yang meja selalu penuh. Saya kalau tengah buat kerja pun kalau tiba-tiba ramai orang sampai takde meja, saya tutup je laptop cari kedai lain.
Kita rasa tak selesa kalau kita duduk buat kerja, tapi ada orang tengah tunggu ada meja kosong.
Ada juga banyak co-working place available kat KL ni, tidak la mahal pun. Lagi selesa untuk buat kerja. Dulu saya selalu sewa full day di Lepak (nama co-working place tu) kat M3 Mall Melawati. Cuma tu la, takleh order makan 🤣. Tapi nak buat air semua tu boleh je, ada pantri. Dengar cerita dah tutup co-working place ni.
Saya pernah juga buat kerja di library, cuma kalau kat Perpustakaan Negara dulu saya pernah pergi tapi tak best sebab pukul 10 pagi baru bukak, tak bagi saya parking kereta pula tu kena tunggu pukul 10 pagi juga baru boleh masuk.
Lepas tu, pukul 6 petang dah tutup. Pukul 5.45 petang makcik library dah start round. Bagi tau library nak tutup.
Tapi ada juga library yang buka lebih lama, atau mungkin 24 jam pun ada agaknya. Saya belum pernah cuba lagi.
Selain itu, boleh juga buat kerja di BookXcess. Cuma selalunya penuh juga 😁
BACA: Sebenarnya McDonald’s Buat Duit Bukan Daripada Rangkaian Restoran Makanan Segera Mereka, Tapi…
Sumber: Ahmad Saiful Bahri, Komuniti Putrajaya – Official