
Isu Sempadan Laut China Selatan: Indonesia Tolak Tuntutan China Sebagai Tiada Asas Perundangan
Isu tuntutan wilayah Pulau Spratly Laut China Selatan bukan lagi sesuatu yang baharu kerana ianya sudah berlangsung bertahun lamanya.
Menjadi rebutan antara negara China, Vietnam, Brunei, Filipina dan Malaysia, masing-masing cuba membuktikan hak terhadap lokasi berkenaan.
Antaranya China dan Vietnam telah membina pangkalan di sana, sementara Malaysia pula memajukan Pulau Layang-Layang yang merupakan sebahagian daripada Kepualaun Spratly bagi dijadikan sebagai lokasi pelancongan.
Baru-baru ini, Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata China berdaulat ke atas Kepulauan Spratly dan perairannya, dan kedua-dua negara (China dan Indonesia) ada kegiatan perikanan yang ‘normal’ di sana.
Tindakan Indonesia yang menolak tuntutan China mempunyai hubungan dengan kehadiran kapal pengawal China di wilayah Indonesia beberapa hari lalu.
Menyifatkan tuntutan China sebagai tiada asas perundangan, kapal pengawal China dikatakan telah memasuki zon ekonomi eksklusif Indonesia di Kepulauan Utara Natuna sehingga menyebabkan pegawai Indonesia terpaksa mengeluarkan protes kuat dan memanggil duta China di Jakarta.
Berang dengan tuntutan China, Kementerian Luar Indonesia menggesa China menjelaskan asas perundangan dan sempadan jelas terutamanya berkenaan tuntutan di zon ekonomi eksklusif berdasarkan Undang-Undang Laut (Unclos) 1982 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tuntutan China ke atas zon ekonomi eksklusif hanyalah berasaskan pada tempoh masa aktif nelayan mereka dan tidak berdasarkan pada pengiktirafan Unclos 1982.
Sedangkan jika mengikut pada keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague, Belanda pada 2016, China telah kalah pada perbicaraan tuntutan mereka.
Namun China pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan mematuhi sebarang peraturan yang ditetapkan tribunal antarabangsa sebagai tanda boikot kepada kes tersebut.
China bukanlah negara daripada pihak penuntut di Laut China Selatan namun tetap teguh menuntut hak perikanan di sekitar Kepulauan Natuna dengan kehadiran nelayan-nelayan China di sana.
Merupakan laluan perdagangan penting yang kaya dengan sumber minyak, gas asli, perikanan dan hidrokarbon, China telah menuntut sebahagian besar daripada lokasi tersebut dan mengambil langkah meletakkan aset ketenteraan mereka di pulau buatan yang dibina di kawasan pertikaian.
Ogos 2019 lalu, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli pernah berkata persempadanan maritim antara negara-negara anggota ASEA perlu dimuktamadkan dengan segera sebelum kesatuan berdepan dengan kuasa besar iaitu China yang turut sama menuntut Laut China Selatan.
Ini kerana selain daripada peletakan aset ketenteraan, China juga telah mengawal kawasan sembilan garis putus di sana.
Trending now



