
Isu Sajad Bertelekung: Ini Hasil Perbincangan Mujahid Dengan SKMM Dan Agensi Umrah
Belakangan ini kecoh di media sosial Malaysia apabila seorang usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih dikenali dengan nama komersial Nur Sajat memuat naik video dan gambar sambil mengenakan pakaian jemaah wanita ketika menunaikan umrah yang mengundang pelbagai persepsi dan persoalan masyarakat Islam di sini.
Susulan itu, isu tersebut telah pun mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang kesal dengan kelakuan usahawan itu kerana telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.
Justeru, Mujahid mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan agar tindakan segera dapat diambil ekoran usahawan itu memut naik gambar yang menimbulkan kontroversi.
Beliau menjelaskan bahawa tindakan segera mengadakan pertemuan bersama SKMM adalah kerana suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana media sosial yang memuat naik kandungan yang menimbulkan rasa tidak selesa, khususnya kepada umat Islam.

Isu ini juga memberi kebimbangan kepada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) kerana kerajaan Arab Saudi mengenakan undang-undang tegas dan melarang golongan transgender daripada menunaikan ibadah haji dan umrah.
Justeru, bimbang kerajaan di sana menarik balik keistimewaan penggunaan Visa Pelancongan yang telah diberikan kepada jemaah Malaysia baru-baru ini dan khuatir akan menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara ini.
Agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd yang membawa Sajat mengerjakan umrah mendakwa usahawan kontroversi itu berpakaian lelaki semasa proses perlepasan di lapangan terbang. Kemudiannya beliau bertukar identiti menjadi wanita semula sebaik sahaja sampai ke Tanah Suci.
Selepas perbincangan dengan agensi yang bertanggungjawab, Mujahid memaklumkan bahawa Muhammad Sajad perlu mengerjakan ibadah umrah sebagai seorang lelaki berdasarkan keputusan fatwa muzakarah haji berhubung isu melibatkan ibadah haji atau umrah oleh golongan mukhannas.
Sumber: MalaysiaGazette
Trending now



