Isu Pelarian Rohingya Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara

Isu Pelarian Rohingya: Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu pelarian Rohingya, pilihan atas dasar kemanusiaan atau keselamatan negara?

Isu kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya bukanlah sesuatu yang baharu dan menjadi rahsia lagi di dunia.

Dilayan tanpa hak seperti manusia bebas, etnik Rohingya berdepan dengan pelbagai ancaman daripada kerajaan Myanmar bukan sahaja daripada segi tempat tinggal tetapi juga maruah diri.

Berlakunya penghapusan etnik secara besar-besaran menjadikan mereka terpaksa melarikan diri dari kampung halaman dan mempertaruhkan nyawa untuk segala kemungkinan.

Wabak pandemik COVID-19 tetap tidak meredakan konflik ini, malah menjadikannya lebih buruk.

BACA: Terkandas Dua Bulan Di Laut, 32 Pelarian Rohingya Mati Kelaparan Atas Bot Ke Malaysia

Beberapa hari lalu, media melaporkan seramai 32 pelarian Rohingya maut kebuluran dalam sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang akibat terkandas selama lebih dua bulan di Teluk Benggala.

Isu Pelarian Rohingya Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara 2

Buukan itu sahaja, kapten kapal itu turut terbunuh dalam satu pergaduhan bersama beberapa pelarian di atas kapal jenis pukat tunda berkenaan.

Selepas dihalang daripada memasuki perairan Malaysia dan Thailand, kapal berkenaan kembali ke Bangladesh dan diselamatkan oleh pengawal pantai pada lewat malam Rabu lalu.

Ramai yang bertanya mengapa Malaysia tidak menerima pelarian ini sedangkan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kuat mempertahankan kumpulan ini daripada ditindas?

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan pernah menyuarakan pendapat agar ASEAN memulakan perbincangan dengan Myanmar bagi membolehkan kumpulan ini kembali hidup aman tanpa perlu risau dengan taruhan nyawa.

Tidak mempunyai pilihan, Mohamad Hasan memberitahu Malaysia terpaksa menolak bot berkenaan keluar dari kawasan perairan Malaysia walaupun keadaannya yang sarat dengan pelarian dengan alasan sekiranya kerajaan membenarkan maka akan lebih banyak kejadian seumpama itu akan berlaku di masa akan datang.

Alasan berkenaan kemudiannya disangkal oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang mengatakan sepatutnya isu tanggungjawab kemanusiaan lebih dipentingkan berbanding yang lain walaupun sebelum menolak mereka semua ke perairan antarabangsa, pihak keselamatan Malaysia ada mengedarkan makanan kepada pelarian di dalam kapal tersebut.

Tidak dapat menerima alasan berkenaan, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid merasakan Malaysia masih terikat kepada obligasi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Tambah beliau, alasan negara dilanda COVID-19 tidak boleh diterima sehingga mengetepikan tanggungjawab kemanusiaan dan Malaysia sepatutnya berunding dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mencari jalan membantu mereka.

Ini disokong juga oleh Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi yang menggesa kerajaan mempertimbangkan semula dasar menolak bot sarat dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara.

Isu Kemanusiaan VS Keselamatan Negara

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah melahirkan kerisauan kumpulan berkenaan akan membawa kluster baru COVID-19 di Malaysia.

Hari ini hasil saringan yang dilakukan kepada etnik Rohingya di Kulai mendapati 13 daripada mereka positf COVID-19, manakala 396 negatif dan 250 lagi masih menunggu keputusan.

Rakyat Malaysia sendiri rata-rata tidak bersetuju untuk kumpulan ini diterima masuk ke Malaysia. Setakat ini sahaja sekitar 150,000 pelarian Rohingya berada di Malaysia. Ini data yang berjaya dicatatkan melalui kemasukan secara ‘halal’, bagaimana pula dengan mereka yang masuk secara haram?

Isu Pelarian Rohingya Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara 1

Bantuan kepada mereka perlu namun ianya tidak akan berjaya sekiranya hanya Malaysia sahaja yang seakan beria-ia membantu, sedangkan UNHCR dan negerai ASEAN yang lain sendiri seakan melepaskan tangan dan masih lagi tidak dapat membuat keputusan mengenainya.

Kerajaan Malaysia perlu bijak melakukan keputusan agar isu kemanusiaan ini tidak semuanya ‘ditolak’ kepada Malaysia kerana Malaysia yang terkenal dengan kebaikan hati kerajaannya.

Media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam memastikan tekanan diberikan kepada Myanmar yang di tempat pertama melakukan penindasan kepada kumpulan ini sehingga menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kawasan sendiri.

Myanmar pada akhir Disember tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (international Court of Justice – ICJ) di The Hague, Belanda atas tuduhan melakukan genocide atau ethnic cleansing ke atas orang-orang Islam Rohingya.

BACA: Isu Penghapusan Etnik Rohingya, Myanmar Kini Dibicara Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Kes ini difailkan oleh Gambia, salah sebuah negara di Benua Afrika yang menjadi wakil 57 negara Islam lain bagi memfailkan permohonan yang sama untuk membawa Myanmar ke muka pengadilan.