Isu Dana Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin

Isu Palestin Dipadam Dari Peta Dunia, Ini Jawapan Google

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa hari ini, isu Palestin dipadam dari peta dunia kembali hangat diperkatakan pengguna media sosial.

17 Julai secara rasminya aplikasi Google dan Apple telah membuang negara Palestin dari peta dunia dan menggantikannya dengan Israel.

Isu Palestin Dipadam Dari Peta Dunia, Ini Jawapan Google
Sumber: News18.com

Tindakan tersebut jelas telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyifatkan ianya sebagai satu ‘pengiktirafan’ kepada Israel yang siketahui sudah berpuluh-puluh tahun melakukan pencerobohan dan penaklukan di Palestin secara paksa.

https://twitter.com/justraes_/status/762934754706468864?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E762934754706468864%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fpalestin-tak-pernah-wujud-dalam-google-maps-palestineishere

Dalam satu laporan media antarabangsa, sesiapa yang mencari Palestin di Google Maps akan dibawa ke sempadan geografi yang hanya dilabelkan sebagai Israel biarpun sebanyak 138 anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Manakala kebanyakan negara barat tidak mengiktiraf Palestin sebagai negara termasuklah Amerika Syarikat yang mana merupakan lokasi ibu pejabat Google dan Apple.

BACA: Netanyahu Dakwa Siasatan Jenayah Perang Terhadap Israel Adalah Sebagai Anti-Yahudi

Isu Palestin dipadam dari peta dunia ini bukanlah pertama kali disuarakan, malah ianya sudah berlarutan selama bertahun lamanya.

Pada tahun 2011, Google dikecam seorang wartawan Palestin kerana memadamkan garis sempadan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, namun ianya diakui sebagai kesilapan dan sudah pun diperbetulkan serta menegaskan syarikat mereka tidak pernah pada bila-bila memiliki label Palestin dalam Google Maps.

“Tidak pernah ada label bernama ‘Palestin’ dalam Google Maps. Namun, kami telah mengesan bug (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label ‘Tebing Barat’ dan ‘Gaza’.

“Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan itu.”

Ini bermakna dalam peta Google, Palestin tidak pernah dilabelkan sebagai Palestin, sebaliknya hanya menggunakan label Gaza dan Tebing Barat.

BACA: Amazon Hanya Tawarkan Penghantaran Percuma Jika Rakyat Palestin Letak Alamat Israel

Susulan dengan itu, pengguna media sosial telah memulakan petisyen mendesak agar Google meletakkan semula Palestin dalam peta dunia menjadikan tanda pagar #FreePalestine dan #standwithPalestine menjadi trending di laman media sosial.

Sumber: Express.UK, Astro Awani