
Isu Marah Warga Emas ‘Minta Sedekah’, Baim Wong Hilang 300,000 Pengikut
Beberapa hari lalu, selebriti seberang, Baim Wong telah menaikkan kemarahan netizen Indonesia selepas tularkan video yang memaparkan tindakan beliau memarahi seorang lelaki yang juga warga emas dikenali sebagai Pak Suhud.
https://www.tiktok.com/@wordafrica/video/7017964526809189658?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Sebelum ini Baim Wong dihormati masyarakat kerana gemar menyantuni mereka yang kurang bernasib baik, namun kali ini tindakannya yang disifatkan netizen seakan merendahkan Pak Suhud menyebabkan beliau kehilangan lebih kurang 300,000 pengikut di YouTube menjadikan jumlah pengikutnya menurun dari 19.7 juta kepada 19.4 juta.
Namun Baim telah pun menjelaskan hal sebenarnya yang berlaku dalam satu hantaran video dan menyatakan kesediaan bertemu dengan Pak Suhud untuk memohon kemaafan.
Dalam satu laporan, dikatakan keduanya sudah pun bertemu dan bersetuju untuk berdamai.

Malah Baim sendiri mengakui sebenarnya cara beliau menegur Pak Suhud adalah tidak beradab dan seharusnya melayani Pak Suhud tanpa menggunakan bahasa kasar dan mengherdik.
Sebelum itu, sudahkan anda menonton filem yang menampilkan Baim Wong di Netflix?
Baim Wong bergandingan bersama Acha Septriasa dan Reza Rahadian dalam filem romantis Layla Majnun yang
mengisahkan mengenai seorang wanita, Layla (lakonan Acha Septriasa) yang beragama, berdikari dan berpendidikan tinggi yang berpindah ke Azerbaijan selepas mendapat tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pendidikan.
Di sana, Layla telah jatuh cinta kepada Samir (lakonan Reza Rahadian), seorang pelajar lelaki yang bijak dan romantik.
Namun, keluarga Layla telah mengaturkan penjodohannya dengan Ibnu (lakonan Baim Wong).
Terikat dengan kemahuan orang tua, Layla dalam dilema sama ada perlu mengikut kata hatinya untuk terus bersama Samir atau pun tidak mengecewakan keluarganya dan bersama dengan Ibnu.
Untuk pengetahuan anda, filem Layla Majnun adalah kali kedua Reza Rahadian dan Acha Septriasa digandingkan selepas Test Pack: You’re My Baby yang ditayangkan pada tahun 2012.
Baca lanjut di: ‘Layla Majnun’ Filem Penuh Emosi & Air Mata