
Isu ‘Lisa BLACKPIG’ Melibatkan Janna Nick Punca Rakyat Malaysia Di Korea Selatan Dipulau?
Isu ‘Lisa BLACKPIG’ Melibatkan Janna Nick Punca Rakyat Malaysia Di Korea Selatan Dipulau?
Pada tahun 2018, nama pelakon dan penyanyi, Janna Nick sudah sampai ke portal berita di Korea Selatan berhubung dengan satu isu melibatkan mendiang vokalis kumpulan SHINEE, Jonghyun.
BACA: Baru Dilancarkan 4 Jam, Klip Video Lagu ‘Blackpink – Kill This Love’ Sudah Capai Tontonan 10 Juta
Kali ini, Janna Nick sekali lagi kembali menjadi trending susulan daripada satu hantaran di Instagramnya yang mempromosikan filem pertama arahannya, Delen.
Dalam filem tersebut dikatakan ada satu watak yang diberikan nama gelaran Lisa Blackpig yang dipercayai netizen merujuk kepada ahli kumpulan Blackpink, Lalisa Manoban.
Biarpun Janna Nick menafikan isu BlackPIG ini dan menyifatkannya sebagai satu tohmahan, menerusi satu ciapan di Twitternya (yang dipercayai sudah dinyahaktif) memberitahu beliau telah membuat laporan polis berhubung dengan kecaman dan ugutan yang diterima.
“Perkara itu adalah tidak benar sama sekali. Sebagai peminat budaya Korea, saya menganggap dakwaan yang dilemparkan tidak berasas.
Saya sendiri pernah berhubung dengan pihak pengurusan dan artis Korea dalam kerjaya dan menghormati mereka. Tidak dapat diterima akal untuk saya menggelarkan atau menyamakan nama besar dalam industri seperti Lisa Manoban dengan nama yang mengaibkan.
Selain dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, saya juga turut menerima ugutan jenayah dan serangan peribadi serta kata-kata kesat yang merosakkan nama baik saya bukan saja di dalam negara malah di luar negara.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan media, teman dan penyokong serta peminat yang khususnya mempertahankan segala tuduhan negatif yang dilemparkan oleh pesalahlaku ini.
Saya berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi sama ada di peringkat industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.”
Permohonan maaf Janna Nick dan Nazim Othman
https://twitter.com/chaegrxx/status/1363175774937706497
So, nazim othman already apologized, janna nick when? 🙄#JANNANICKGOINGTOJAILPARTY pic.twitter.com/C7gm9Pthtc
— qist⁷🐟 (@jinnieekore) February 22, 2021
Surat kepada YG Entertainment
Melihat kepada tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty, ada yang memberitahu isu ini sudah pun dipanjangkan kepada pihak YG Entertainment selaku syarikat yang menaungi Blackpink.
https://twitter.com/softiesangyeons/status/1363732114462502912
Rakyat/Pelajar Malaysia di Korea Selatan menerima tempias
https://twitter.com/lalakarll/status/1363692149947031552
https://twitter.com/qtiepiecity/status/1363507607512576004
https://twitter.com/mooncake_yuyu/status/1363693339615186944
Trending now



