Sumbangan Palestine Finance Derma Wang Kripto

Isu Kutip Sumbangan Dalam Bentuk Wang Kripto Beserta Logo Aman Palestin, Ini Penjelasan Palestine Finance

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Derma Palestin dalam bentuk wang kripto oleh Palestine Finance tak sah?

Sejak dahulu lagi rakyat Malaysia cukup prihatin dengan nasib menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Zionis Israel.

Pelbagai tanda sokongan dizahirkan, antaranya kempen boikot produk yang ada kaitan dengan Israel dan penyaluran sumbangan wang ringgit untuk rakyat Palestin.

Oleh itu, Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia untuk membantu dengan memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui tabung sah.

Keganasan Israel terhadap Palestin sejak penghujung Ramadan lalu telah mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia.

Seperti di Malaysia, pelbagai tabung derma rakyat Palestin di sana diuar-uarkan untuk rakyat di sini memberi sumbangan. Sehinggakan, ada juga yang mengambil kesempatan dalam hal sumbangan ini.

BACA: Isu Dana Rakyat Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin: Benarkah Ada Penyelewengan?

Baru-baru ini, timbul isu derma Palestin dalam bentuk wang kripto yang dibangunkan Palestine Finance ($PAL) dikatakan scamcoin yang mengambil kesempatan dalam isu Palestin.

Ia menjadi lebih hangat apabila Palestine Finance turut meletakkan logo pertubuhan NGO Aman Palestin dalam pautan mereka bagi memohon sumbangan dana membantu rakyat Palestin.

Melihat pada itu, Aman Palestin mengeluarkan kenyataan menafikan terdapat sebarang kerjasama dengan Palestine Finance.

Sumbangan Palestine Finance Derma Wang Kripto

Menurut Ketua Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin Berhad, Anas Abdul Wahab Kasim, penggunaan nama Aman Palestin dalam pautan itu melanggar hak penggunaan logo dan jenama Aman Palestin sehingga menimbulkan keraguan dan salah faham dalam kalangan penyumbang.

Aman Palestin turut memberi amaran tegas dan mengatakan mereka tidak menerima sebarang penyaluran dana berbentuk wang kripto, bitcoin dan seumpama dengannya.

Palestine Finance tampil beri penjelasan

Disebabkan ia menimbulkan keraguan dan didakwa palsu, pihak Palestine Finance tampil memberi penjelasan mengenai sumbagan melalui $PAL itu.

Menurut salah seorang pembangun Palestine Finance, Radzi Tajuddin mengatakan projek mereka sah dan menjelaskan mereka menggunakan logo Aman Palestin dalam laman tersebut untuk memberitahu hasil sumbangan dari token $PAL yang didermakan komuniti mereka.

“Pihak kami meletakkan logo Aman Palestin – AP kerana mereka yang bersama di dalam komuniti $PAL ingin tahu di manakah kami bakal mendermakan hasil token $PAL tersebut.

“Kami memilih Global Sadaqah kerana mereka menerima crypto dan Aman Palestin atas reputasi kerja mereka.

Jelasnya, sumbangan yang disalurkan oleh Palestine Finance sendiri boleh dilihat oleh orang ramai menerusi pautan yang diberikan.

Palestine Finance turut memohon maaf kerana melanggar etika dengan meletakkan logo Aman Palestin tanpa kebenaran bertulis dan telah mengeluarkan logo Aman Palestin dari laman mereka.

Boleh ke pautan ini untuk bacaan lanjut mengenai Palestine Finance.